Thursday 30 July 2015

KEZALIMAN terus berlaku dan Umno terus kekal...Bongkar! Gani sudah draf pendakwaan terhadap Najib?

Khamis, 30 Julai 2015

Kat mana ni...

Bongkar | Dikatakan Gani sudah draf pendakwaan terhadap Najib, sebab itu beliau disingkirkan..!!

Ini Kertas Pendakwaan Terhadap Najib Atas Isu Rasuah - Punca Gani Patail Kena Tendang Secara Tiba2 Dedah Sarawak Report.

Laporan terbaru dari Sarawak Report mendedahkan punca kenapa bekas peguam negara Gani Patail ditendang keluar dari jawatannya secara mengejut pada isnin lepas.

Difahamkan Sarawak Report telah menerima beberapa bukti salinan dokumentasi yang menunjukkan Gani Patail sedang merangka pendakwaan ke atas Najib Razak atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.

Salinan tersebut menurut Sarawak Report telah disahkan kesahihannya sebelum dipaparkan kepada umum untuk tujuan penyebaran.

Berikut salinan yang dinyatakan ;


Salinan di atas masih berstatus 'draf' (rangka) kerana Gani ditamatkan perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam persediaan ke arah proses pendakwaan.

Menurut Sarawak Report lagi, pada pagi isnin ketika Gani mahu memasuki pejabatnya, dia telah dihalang dan dimaklumkan telah ditamatkan perkhidmatannya. Bukan sahaja dia gagal memasuki pejabatnya pada pagi itu bahkan tidak berhasil mengambil apa2 dokumen sekalipun.

Pendapat aku la. Gani masuk ikut jalan belakang, bila keluar ikut jalan belakang itu padan muka dia. Aku memang takde simpati sikit pun kat mahluk tak guna tu. Tapi jika benar Gani dalam proses nak dakwa Najib, minta Gani buka mulut sikit. Ke dia pun ada rekod hitam yang perlu disimpan sampai guna peranan third party?

Hehe.

Bila korang baca kertas pertuduhan di atas, korang akan nampak hukuman penjara bermula dari 2 tahun. Fak. Rasuah 27 juta hukuman penjara start dari 2 tahun? Apa punya loose la undang2 kau neh. Patutlah Khir Toyo apa tak hel. Setakat Najib lagi la tak heran. 

Dalam pendedahan tersebut yang aku faham la. Najib luluskan dana untuk SRC. Then SRC rasuah la Najib sebanyak 27 juta sebab luluskan dana 4b sebelum ini. Betul tak?

Gila kau.

27 juta punya rasuah. 7 keturunan pun tak habis woi. Kalau aku la. Kalau mama Rosmah aku tatau la. Cincin aje 24 juta kot.

KAH KAH KAH

Apa2 pun kita tunggu la episode seterusnya. Tengok respon Gani dan Najib. Depa bersilat kita berpopcorn oke.

Bai.

SUMBER
Posted by Kedah Lanie


Oh patutlah Ghani kena pecat. Suara Rakyat.



Kenapa byk sgt 'professor kangkung' bercambah di M'sia..

Mula mula keluar kenyataan pemecatan 'PERLU' melalui Tribunal, skang cakap lain plak.. Prof 'makan gaji'...

Cam ni nak mendidik anak bangsa.. abes punah ranah jdnya..

Kalau prof. kangkung ni dgn Menteri 3.85, MANA PALING HANDAL BELITNYA !!!

RAMAI AHLI UMNO BARU KENAL APA ITU KEZALIMAN 

SEBAIK saja mantan TPM, Muhyidin Yassin terus bercakap secara terbuka tentang skandal 1MDB sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Cheras baru-baru ini, dalam tempoh 24 jam beliau terpecat. 

Rata-rata ahli Umno amat kecewa kerana pemimpin mereka masih gagal di dalam melakukan perubahan.  Najib yang memperkenalkan transformasi di dalam pentadbiran kerajaan, ternyata beliau gagal merealisasikan di dalam partinya sendiri.  Kezaliman terus berlaku dan Umno terus kekal dengan corak pemerintahan di era Mahathir.    

Di zaman Mahathir, Musa Hitam menjadi mangsa.  Kemudiannya DS Anwar pula yang memecah rekod Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dari kerajaan dan parti malah lebih zalim lagi terus difitnah seterusnya terpenjara.  Rekod beliau ini belum ada yang mengatasinya.  Jika Musa Hitam keluar dengan sendirinya, Muhyiddin pula dipecat, bezanya beliau tidak diaibkan atau difitnah.   

Ternyata umno semakin parah dan hilang kredibiliti untuk menjadi tunjang kerajaan yang memerintah.  Bagaimana Umno mahu menunjukkan contoh kepada rakan-rakannya di dalam Bn yang sedang berkrisis seperti MIC, jika Umno lebih parah dari MIC?  Umno kini ditertawakan oleh MIC.  Waktu ini menjadi ahli Umno adalah amat memalukan. 

Sering kita sebut, ramai ahli Umno yang selama ini tidak peka kepada kezaliman seperti yang telah berlaku kepada DS Anwar, tetapi apabila berlaku atas batang hidung mereka sendiri, baru mereka kenal apa itu kezaliman.   Masih adakah yang berminat untuk terus dikenali sebagai orang Umno?  Tidak malukah sesiapa atau mana-mana parti yang ingin bersama umno?  Di mana muka pemimpin parti politik yang selama ini setuju Najib terus berkuasa sehingga PRU14 ini hendak menyorokkan muka mereka? 
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 1:40 PTG 

ULASAN:

 dinULTRAMAN 30 Julai 2015 4:48 PTG 

kah kah kah! Tindakan PM Najib membuang timbalannya ada tepat. PM Najib tidak akan melakukannya tanpa melihat ke kiri dan ke kanan atau ke bawah dan ke atas. Beliau memperolehi pengajaran yang paling berguna dari bekas ketuanya dr. Mahathir. 

Semasa penyikiran Anwar yang dianggap lebih perkasa dan terpengaruh berbanding Muhyiddin. Dr Mahathir berjaya menyikir semua tentangan terhadapnya, setelah beliau menggunakan kelemahan kepimpinan UMNO disemua peringkat. 

Ramai pimpinan UMNO menyatakan sokongan kepada Anwar dan berpendapat bahawa Anwar tidak bersalah. Namun kelemahan dan rahsia telah mengunci mulut mereka dan menjadi rantai untuk bersama Anwar. Akhirnya bukan sahaja mereka tidak dapat bersama Anwar, bahkan mereka menentang Anwar seperti musuh yang paling dibenci. Siapa dari kepimpinan UMNO yang suci dari masalah. Masalah yang ada bukan sahaja akan menyusahkan mereka, bahkan boleh menyebabkan mereka akan tinggal berjiran dengan Anwar.

Kemalangan Di Purtajaya..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena