Thursday, 23 July 2015

GHB & Pas...Hentikan serang menyerang sesama kita, kata Mazlan Aliman

Jumaat, 24 Julai 2015

Hentikan serang menyerang sesama kita, musuh kita sebenarnya BN yang sedang merosakan negara

Oleh Mazlan Aliman
http://cdn.kisahmuslim.com/wp-content/uploads/2015/07/17-Ramadhan-Perang-Badar.jpg
Samada kita PAS, PKR, DAP, GHB atau NGO, hentikan serang menyerang sesama kita. Syawal yang disambut dengan bermaaf maafan, kunjung mengunjung eratkan silaturrahim; jangan dirosakkan atas tuturkata dan tindak tanduk kita yang melampau.

Apa medan dan wadah yang digunakan adalah untuk kepentingan rakyat. Tingkatkan daya intelek dan segarkan idea baru. Pendidikan politik khususnya penduduk luar bandar sangat penting kerana kadar celik politik mereka masih rendah.

Sekadar menuding jari mencari aib dan kesalahan mana mana pihak adalah amalan lapuk. Memperlekeh dan merendahkan seseorang, menyebarkan cerita silam dengan tujuan menjatuhkan nama baik individu tertentu adalah tercela. Kita mesti bergerak ke hadapan dengan gagasan besar bagi menyelamatkan negara dari kerosakan dan kehancuran.

Samada kita berslogan Istiqamah sehingga kemenangan atau membawa Harapan Baru, buktikan dengan iltizam melalui contoh tauladan yang baik. Ini cerminan yang diperhatikan masyarakat.
Moga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena