Thursday, 30 July 2015

[Video] Serpihan Misteri MH370? "Kita tidak tahu betul atau tidak, sakit hati sahaja apabila membacanya...

Khamis, 30 Julai 2015

Serpihan misteri di Lautan Hindi mungkin daripada MH370, lapor AFP 

Sekeping serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, lapor AFP. 

Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui mereka yang sedang membersihkan pantai.

“Ia diselaputi kulit kerang, jadi boleh dikatakan ia sudah lama berada dalam air,” seorang saksi dipetik berkata kepada AFP.

Pegawai pengangkutan udara Perancis sudah mula menyiasat dari mana asal serpihan itu. Xavier Tytelman, pakar keselamatan udara berkata, ia mungkin serpihan milik MH370 yang hilang tanpa kesan pada 8 Mac, 2014.

Beliau menyatakan gambar media tempatan menunjukkan "persamaan yang luar biasa antara flaperon #B777 dan serpihan yang ditemui," merujuk kepada sebuah Boeing 777, model pesawat yang hilang itu.

Sepanjang tempoh kehilangannya, tidak ada satu pun serpihan daripada pesawat itu ditemui, menjadikan ia misteri terhebat dalam dunia penerbangan.

Pihak berkuasa Malaysia mengisytiharkan semua penumpang dan anak kapal MH370 maut, pada Januari lalu.

Pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dari 14 negara berbeza, sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Ia berlepas pada 12.41 pagi pada Sabtu, 8 Mac, 2014 dan sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

MH370: 'Saya sudah masak dengan drama murahan sebegini'



KUALA LUMPUR: "Saya mahu tahu di mana dia dan apa yang sudah terjadi kepadanya."

Kenyataan ringkas daripada seorang waris penumpang MH370 yang enggan dikenali itu diterima selepas penemuan cebisan sayap yang juga dikenali sebagai flaperon itu di Pulau Reunion berdekatan kepulauan Madagascar, yang berkemungkinan serpihan pesawat MH370 MAS yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang .

Waris berkenaan juga menyatakan, akan tetap sabar menanti perkembangan terkini penemuan itu dan berharap ada sumber lain yang boleh menenangkan hatinya yang berdebar sejak berita itu tersebar pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi waris penumpang MH370 yang enggan dikenali memberitahu, penemuan serpihan itu merupakan berita tidak masuk akal selain konspirasi pihak tertentu dengan tujuan yang tertentu.

"Tuhan memerhati mereka yang memainkan konspirasi ini, hebat gerak geri cerita MH370 ini sejak hilang dahulu sehingga sekarang."

"Saya sudah masak dengan drama murahan sebegini," jelasnya.

Dalam pada itu seorang lagi waris penumpang MH370 yang juga enggan dikenali menyifatkan berita itu hanya menyakitkan hatinya.

"Kita tidak tahu betul atau tidak, sakit hati sahaja apabila membacanya," ujarnya ringkas.

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan, Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.

Jelasnya, sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Da
tuk Abdul Rahman Dahlan berkata, spekulasi mengenai MH370 yang tersebar di media sosial tidak mudah dihalang, meskipun kerajaan telah melarang maklumat sedemikian dikongsikan.

Jelasnya, maklumat itu kadang-kala datang dari luar negara dan kemudiannya disebarkan oleh pengguna media sosial tempatan.

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena