Friday, 31 July 2015

Rosmah cari jalan untuk 'singkir' Zeti Gabenor BNM? "Marah dengan kebocoran maklumat account banknya"

Sabtu, 1 Ogos 2015

Rosmah Cari Jalan Untuk Singkir Zeti Sebagai Gabenor Bank Negara Lapor Portal Antarabangsa.



Asia Sentinel pada semalam telah melaporkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansur sedang merangka perancangan untuk menyingkirkan Zeti Akhtar Aziz dari posisi gabenor bank negara. Maklumat katanya didapati dari sumber berpengaruh yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Laporan tersebut menyebut ;

1. Rosmah marah dengan kebocoran maklumat berkenaan account banknya dan mengenai kemasukkan wang ke dalam account peribadinya. 

2. Sekaligus cakap2 mengenai gaya hidup dan perbelanjaan mewahnya menjadi sasaran rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap pentadbiran Najib.

3. Susulan dari penyebaran tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi account banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.

4. Zeti enggan melayan permintaan Rosmah dan sejak itu Zeti dijadikan target untuk dijatuhkan.

5. Selain itu, isu mengenai siasatan 1MDB juga menjadi antara punca kenapa Zeti perlu disingkirkan menurut sumber.

6. Ini kerana Zeti akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi2 yang melibatkan syarikat2 yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas. Zeti dikatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.

7. Perkara inila yang merisaukan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat sewenang2nya apatah lagi tidak pula Zeti mahu berkompromi dengan sesiapa demi pertahankan kedudukannya.

8. Pada tahun 2009, Najib meluluskan satu usul yang mana bank negara dikecualikan dari terlibat dengan sebarang tekanan/pengaruh politik ini termasuklan soal perlantikan ke atas jawatan tertinggi.

9. Cadangan ini dikemukakan oleh Zeti atas alasan bagi memastikan bank negara bersikap telus dan bebas dari sebarang unsur2 politism dalam mengambil atau membuat sebarang keputusan.

10. Jawatan gabenor bank negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh agung semata2nya.

11. Agong (dari Kedah) dilaporkan berkata kepada Mahathir bahawa dia bersikap berkecuali dan tidak mahu melibatkan diri dan biarkan undang2 menjalankan prosesnya.

12. Selepas seketika muncul satu blog yang memaparkan artikel kononnya Zeti terlibat dalam skandal. Dipercayai berkaitan Rosmah Mansur.

13. Blog tersebut menamakan Zeti telah menggunakan kedudukannya untuk memperolehi tender berkaitan kementerian pendidikan mengenai pembekalan air. Tender tersebut diserahkan kepada syarikat yang berkaitan suami dan anak2 Zeti.

14. Selain itu, dilaporkan suami Zeti telah memperolehi komisen yang sangat tinggi dalam 'bank deal' sebagai third party antara pihak bank dengan pelabur. Suami Zeti, Tawfiq Ayman mengambil manfaat kedudukan Zeti untuk memperolehi maklumat dalaman yang kemudiannya digunakan untuk menjayakan perjanjian perniagaan tersebut.

15. Suami Zeti agak goyang dengan perkembangan terbaru ini.

16. Sumber Asia Sentinel juga berkata agak sukar untuk menjatuhkan Zeti dari kedudukannya memandangkan Zeti bukan sahaja diakui berkredibliti dan berkeupayaan mentadbir kewangan dalam negara bahkan turut diiktirafkan di pentas antarabangsa.

17. Zeti telah berkhidmat dalam dunia perbankan selama 36 tahun dan mula diangkat sebagai gabenor pada tahun 2000.

18. Pada tahun 2009, bakat dan keupayaan Zeti diiktirafkan menerusi pentas antarabangsa menerusi award antara ketua (gabenor) bank negara terbaik dunia dan terus menerima pengiktirafan yang lebih kurang pada tahun2 selepasnya.

19. Melihat kepada ketokohan yang dimiliki Zeti, sumber memaklumkan kepada Asia Sentinel, rakyat mungkin tidak akan mempercayai dakwaan terhadap keluarga Zeti yang tersebar menerusi blog.

-------------------------------------------

2 muka penuh. Untuk ulas penglibatan Rosmah bagi menyingkirkan Zeti.

Rosmah dikatakan lebih sukar dijatuhkan dari Najib kerana tidak akan mudah tunduk ke atas tekanan.

Ada satu blog. Pro Mahathir. Syed Out Side The Box ==>http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ 

Beberapa hari lepas dia ada tulis. Zeti keluar negara then balik. Masuk wad sebab sakit. Sekarang dah sihat.

Mungkin Zeti ditekan sampai perlu ke luar negara dan bercuti sekejap.

Aku tatau.

Aku cari balik artikel tersebut. Dah takde. Bukan artikel itu aje bahkan semua artikel dia dah takde. Yang ada 3 je. Kenapa?

Kena tekan?
Polis cari?

Apa2 pun baik ko dan aku semua jaga2 sikit. Kalau orang2 umno pun dihalang dari kritik 1MDB kita apatah lagi. Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Ameno World

Rosmah nafi dakwaan Asia Sentinel beliau mahu singkir Zeti Aziz


Antara apa yang Asia Sentinel laporkan semalam ialah, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Najib.

Rosmah dikatakan marah dengan kebocoran maklumat berkenaan akaun banknya dan mengenai kemasukkan wang berjumlah RM2 Juta ke dalam akaun peribadinya.

Susulan dari kebocoran maklumat tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi akaun banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.

Malangnya Zeti enggan melayan permintaan atau arahan Rosmah itu dan sejak dari itu Zeti dijadikan sasaran untuk disingkirkan dari jawatan Gabenor Bank Negara.

Zeti juga dikatakan akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi-transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas.

Zeti menurut Asia Sentinel akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.

Perkara inilah yang membimbangkan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat ikut suka Najib kerana jawatan Gabenor Bank Negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh Agung sahaja..

Terjemahan cerita sepenuhnya sila baca di SINI 

Hari ini Rosmah melaui Peguamnya telah menafikan dakwaan Asia Sentinel itu dan meminta Editor portal tersebut, John Berthesel mengemukakan semua bukti untuk menyokong tuduhannya itu atau akan di saman.
Posted by Anak Sungai Derhaka


Comments

JIHA-DISC's avatar
JIHA-DISC· 6 hours ago
terbakar pulak Bnk negara nanti....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena