Wednesday 22 July 2015

'Atas sayalah nak hadir atau tidak'..."Sudah tentu PAS tidak termasuk Pakatan Baharu Pembangkang," kata LKS

Rabu, 22 Julai 2015

PAS Tersingkir Dari Pakatan Baharu Yang Bakal Diwajudkan

Gabungan baru pembangkang bakal lahir

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu. -mk 
ULASAN GB

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.

Pengkhianatan PAS terhadap rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat akhirnya menyebabkan PAS TERSINGKIR KELUAR dari gabungan baharu yang bakal dibentuk. 

Di dalam sesebuah orginasasi seperti Pakatan Rakyat kita perlu bertoleransi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-cita utama. Dan apabila ada di kalangan parti komponen yang tidak dapat untuk berlaku setia, maka sewajarnyalah ia dinyahkan dari organisasi berkenaan. 

Jikalah hudud menjadi sebab utama PAS tidak dapat menyatakan persetujuannya dengan PR, kita merasakan ia adalah hanya helah PAS kerana Presiden PAS sendiri pernah mengakui bahawa hudud bukan agenda utama PAS dan DAP berhak tolak hudud. 
Presiden PAS sebenarnya tidak berakhlak dan tidak berdisiplin apabila gagal menghadiri mesyuarat Majlis Presiden berkali-kali Presiden PAS menunjukkan keangkuhannya apabila beliau dengan bersahaja menjawab: Atas sayalah nak hadir atau tidak! Apabila di tegur DAP dan LGE, maka dimakinya DAP dan LGE, bukan hendak muhasabah dan perbaiki diri. Malah Pak Samad sendiri pernah menegur Haji Hadi... pun tidak dihiraukan.

Malah beliau juga kerap kali ponteng Parlimen! 

Dan pilihan yang ada bagi PAS kini ialah menyertai BN atau berjuang bersendirian. Dan kita sedia maklum bahawa jika PAS bersendirian, maka ramai calon PAS bakal kehilangan depositnya kerana selama ini, kemenangan PAS adalah kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kepada PAS semata-mata. 

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menghukum PAS akhirnya! 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena