Thursday 30 July 2015

[Video] P.Pinang larang 'Hidang Sirip Ikan Yu' dalam majlis rasmi..."Big Boss sdg bg arahan"?

Khamis, 30 Julai 2015

Big Boss sdg bg arahan?
Ahmad Romie Pendapat aku menteri tak bodoh.. Yang bodoh rakyat yang menyokong UMNO, yang undi Barisan Nasional, yang tolong kempen BN, yang duk pakai baju BN, yang duk bawa payung BN, yang lepak kat pejabat/!markas BN, yang duk pacak bendera BN, yang menjadi pencacai BN dan yang teruk adalah JKK.. Kikiki (lawak UAI)


Najib & Zahid Hamidi hadir Rumah Terbuka Shahrizat

P.Pinang Larang Hidang Sirip Ikan Yu Dalam Majlis Rasmi

Jul 30, 2015


GEORGE TOWN – Kerajaan negeri hari ini menandatangani akujanji untuk melarang hidangan makanan berasaskan sirip ikan yu daripada disediakan dalam majlis rasmi.
Ia ditandatangani bersama dengan beberapa persatuan dan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia, Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan.
Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata langkah itu adalah antara usaha untuk melindungi ikan yu daripada pupus selain membantah tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengamalkan kaedah ‘shark finning’ ketika menangkap ikan yu.
“Kaedah ini amat kejam kerana sirip ikan yu akan dipotong ketika ikan masih bernyawa sebelum ikan dicampak semula ke dalam laut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahan pula penyediaan makanan sirip ikan yu hanya mahu melambangkan kemewahan semata-mata, katanya.
Beliau berkata inisiatif aku janji itu diharap dapat mendidik anggota masyarakat tentang kepentingan mengekal ikan yu dalam ekosistem lautan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena