MH370: Objek-Objek Lain Ditemui, Botol Air Minuman Dan Botol Pencuci
Berapa barangan lain telah turut ditemui selepas penemuan beg pakaian yang telah rosak semalam di kawasan Pulau Reunion dimana serpihan disyaki milik pesawat MH370 dijumpai.
Diantaranya ialah sebotol air minuman tertera tulisan bahasa China dengan sebotol pencuci yang memparkan tulisan bahasa Indonesia.
Sementara itu, seorang nelayan Denmark, Les Pinniger menemui empat botol air plastik 1.5 liter, sebotol berjenama CACTUS (satu jenama air botol yang terkenal dikeluarkan oleh sebuah syarikat air minuman di Malaysia), dan menyatakan ia mungkin memberikan petunjuk untuk mencari serpihan yang disyaki pesawat MH370.
Barangan-barang tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk siasatan lanjut.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan menyatakan ia masih terlalu awal untuk mengaitkan barang-barang tersebut dengan misteri kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac tahun lalu.
Kebetulan, daripada 227 penumpang pesawat MH370 adalah terdiri dari warganegara yang berbeza, diantaranya seramai 152 warganegara China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7) dan Perancis (tiga).
Semalam sebuah beg pakaian yang telah rosak teruk telah ditemui oleh seorang pekerja pembersih pantai di Reunion berdekatan dengan tapak di mana serpihan dipercayai dari penerbangan MH370 yang hilang tahun lalu ditemui.
AirLive.net melaporkan satu daripada kod yang tertera di serpihan itu menyamai dengan sayap Boeing 777, jika dirujuk kepada manual penyelenggaran Boeing.
0 comments:
Post a Comment