KUALA LUMPUR, 15 Julai:
Semakin dekat tibanya Hari Raya Aidilfitri, rakyat Malaysia mula berkongsi sentimen perayaan itu melalui media sosial.
Satu video yang menampilkan seorang lelaki bangsa Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya sambil mengenakan baju Melayu dan bersampin kini menjadi buah mulut bagi warga Facebook.