Saturday 25 July 2015

Adakah GHB terbuka untuk kompromi? Sudah tertutupkah jambatan antara orang Cina dengan PAS...

Sabtu, 25 Julai 2015
Dalam fikiran orang bukan Islam- adakah GHB terbuka untuk kompromi?
 
oleh Lee Yuk Peng 

KOMEN:  Dengan keluarnya pengasas bersama kelab penyokong PAS Hu Pang Chaw dari parti menandakan tertutupnya sudah jambatan antara orang Cina bukan Islam dengan PAS. 

Melalui akaun Facebooknya, Hu mengumumkan yang dia sudah hilang percaya kepada parti Islam itu kerana parti sudah tersasar daripada perjuangannya. 

Hu membantu PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk orang bukan Islam pada tahun 2004. 

Dewan itu dinaik taraf menjadi sayap ke empat PAS pada tahun 2010 membenarkan ahli-ahli bukan Islamnya untuk bertanding dinaungi bendera PAS. 

Hu merupakan calon bukan Islam pertama PAS dalam pilihanraya umum 2013 di mana dia bertanding dan tewas kepada Wee Ka Siong untuk kerusi parlimen Ayer Hitam  di Johor. 

Pada Mei 2014, presiden PAS Hadi Awang menggugurkan PAS sebagai pengerusi DHPP tanpa memaklumkannya, menggantikan dia dengan timbalan sayap N Balasubramaniam. 

Dalam catatan Facebook berjudul “Selamat tinggal kekasih. Kita tidak akan bertemu lagi” pada 17 Julai, Hu, seorang guru, menyifatkan pemergiannya dari dewan seperti “air sungai yang mengalir tidak akan kembali lagi”. 

Melalui kerja dan sumbangannya sejak bertahun lamanya, Hu berjaya memenangi sokongan bukan Islam kepada PAS. 

Bagaimanapun, di laporkan juga yang dia merupakan antara penentang kuat agenda Hudud PAS. 

Pengarah pilihanraya PAS Mustafa Ali bagaimanapun berkata yang parti itu akan meletakkan lebih ramai calon bukan Islam dari DHPP dalam pilihanraya umum akan datang untuk meraih sokongan daripada semua kaum. 

Mustafa mendakwa DHPP mempunyai 18,000 ahli dan kerana itu, mencari calon pilihanraya yang sesuai tidak akan menjadi masalah. 

Kerjasama sebelum ini antara PAS dan DAP di bawah bendera Pakatan Rakyat menyaksikan kedua-dua parti menang di kawasan pendalaman dan bandar. 

Dengan kekuatan DAP di kawasan bandar dan kekuatan PAS di kawasan luar bandar, kerjasama yang dilakukan kedua parti membuka jalan kepada penaklukan kawasan yang menjadi kubu kuat masing-masing dalam pilihanraya umum 2008 dan 2013. 

Bagaimanapun, kedegilan PAS untuk melaksanakan Hudud menyaksikan kehilangan banyak sokongan daripada komuniti Cina yang selama ini diberikan kepada PAS.

 Orang Cina takut dengan kewujudan negara Islam dan undang-undang hudud, walaupun PAS memberikan jaminan yang undang-undang Islam itu hanya terpakai kepada orang Islam. 

Ketika orang Cina bersedia memberikan undi kepada PAS di bawah Pakatan Rakyat, ini tidak bermakna mereka menerima pelaksanaan hudud. 

Hakikatnya, pendirian teguh PAS dalam pelaksanaan kod jenayah Islam itu telah menguatkan lagi pendirian orang Cina menentang undang-undang tersebut. 

Walaupun sudah ada dua cubaan oleh PAS untuk membentang Rang Undang-Undang Peribadi Ahli di Dewan Rakyat untuk memaksa pelaksanaan hudud di Kelantan masih belum menampakkan hasil, kod jenayah Islam ini kekal menjadi topic yang menakutkan dan tidak disukai dalam kalangan orang Cina. 

Orang Cina tidak yakin yang pelaksanaan undang-undang hudud kepada orang Islam tidak memberik kesan kepada orang bukan Islam. 

Di negara Islam Brunei dimana undang-undang hudud dilaksanakan, restoran Cina terpaksa merayu kepada pihak berkuasa untuk membenarkan mereka beroperasi sepanjang bulan puasa dengan pintu tertutup kerana mereka bukan Islam. 

Di Kelantan yang diperintah PAS, restoran dan tempat makan termasuk McDonald dan KFC hanya dibenarkan beroperasi selepas jam tiga petang sewaktu bulan puasa, kecuali restoran Cina. 

Hu masih berdiam diri samada dia akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin progresif PAS yang tewas serta dimalukan dalam muktamar PAS baru-baru ini. 

Majoriti pemimpin yang disingkirkan ialah wakil rakyat PAS pada peringkat negeri dan persekutuan. 

Dengan GHB dijangka meraikan nilai Islam dalam ideologinya, sangat menarik untuk diperhatikan bagaimana parti baru ini mahu mencapai keseimbangan antara nilai  Islam dan komuniti bukan Islam di negara ini.

 Kita hanya boleh berharap mereka akan sanggup berkompromi sekiranya tidak mahu menjadi PAS, dengan nama yang berlainan. Posted by mountdweller at 7:18 PM 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena