Friday 24 July 2015

Ahli PAS perlu ISLAHKAN pemikiran? "Semua orang nak jadi ulama,...Semua orang nak tunjuk hebat"

Jumaat, 24 Julai 2015

Ahli PAS perlu ISLAHKAN pemikiran yang bersifat EKTREMISME


 Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Pemikiran yang bersifat ekstremisme bukan hanya ada pada sebilangan ahli PAS, bahkan setiap komuniti, setiap organisasi politik, setiap kumpulan ideologi dan setiap penganut agama, ada sebilangan mereka yang ekstrim.

2) Ekstremisme ini berpunca daripada kurang ilmu psikologi, ilmu tasawuf, kurang bergaul dengan orang yang pelbagai, ujub dengan pendapat sendiri, ego tak bertempat, kurang rasionaliti, taksub secara sedar atau tidak, dan memandang rendah orang lain.

3) Dalam PAS ada golongan ini. Dalam PKR ada, dalam DAP juga ada. Bahkan dalam GHB juga sudah pun ada, walaupun masih diperingkat penubuhan. Dalam UMNO usah biara, berlambak - bukan lagi bilangan yang kecil.

4) Golongan ini akan cenderung memanipulasi apa jua fakta yang diterima, menafsir apajua maklumat yang sampai serta membuat kesimpulan yang ekstrim terhadap analisis sendiri berdasarkan fakta dan maklumat yang diperoleh bagi menjustifikasi keujuban diri, ketaksuban terhadap orang tertentu dan memaksa orang lain menerima pendapatnya.

5) Dalam PAS, tidak terkecuali daripada menggunakan dalil-dalil agama. Dalam PKR dan DAP tidak terlepas daripada menggunakan dalil perlembagaan dan apa jua fakta untuk menjustifikasi ektremisme yang dihadami.

6) Kata-kata pemimpin mereka yang bersifat neutral atau bersifat berlapik, akan diterjemah menjadi kesimpulan yang sangat tidak harmoni. Pemimpin kata orang yang keluar PAS tubuh parti baru adalah orang yang tak sayang PAS. Golongan berminda ekstremis menafsirkan sebagai khianat. Kemudian disambung lagi tafsiran-tafsiran mereka sehingga menjadi munafik, kafir (?).

7) Daripada tak sayang PAS, jadi pengkhianat, jadi kafir. Ini contoh sahaja tafsiran yang bersifat ekstrim. Implikasinya, ia akan disambut secara emosi dan sentimen oleh orang-orang lain yang termakan dengan budaya fikrah ekstrim ini. Lebih-lebih lagi ia dikukuh dengan ayat-ayat dan dalil-dalil yang hakikatnya dalil-dalil itu tidak bermaksud pun sedemikian. Out of context.

8 ) Bagi golongan yang sebati dengan fikrah ektremisme sebegini, meraka akan mencela artikel seumpama ini, dan menganggap apa yang mereka buat adalah jihad bagi mempertahankan akidah. Walhal mereka sebenarnya menunjukkan sikap bengis terhadap orang diluar lingkungan mereka.

9) Melawan arus ekstremisme bukanlah bermaksud menjadi liberal. Tetapi ia adalah membudayakan penilaian secara rasional dan menjunjung maqasid syarei. Membudayakan hujah dilawan dengan hujah. Tak ada gunanya menyatakan hujah sendiri tetapi menutup ruang hujah orang lain yang tidak selari dengan kita.

10) Kebenaran tidak dipegang oleh jemaah kita semata-mata. Bahkan kumpulan-kumpulan lain juga memegang kebenaran dengan cara dan hujah yang berbeza. Hanya kebenaran yang mutlak adalah daripada Allah da Rasul sahaja.

11) Kita hanya menolak sesuatu yang bercanggah secara jelas dengan al-Quran dan as-Sunnah. Adapun perkara yang memerlukan ijtihad, kita tak perlu rigid terhadap sesuatu ijtihad oleh orang-orang tertentu yang kita suka, menolak ijtihad orang yang kita tak suka.

12) Lebih-lebih lagi dalam politik kerangka moden hari ini. Ia memerlukan ijtihad baru yang pasti ada benar, ada salahnya. Tetapi bukan kita yang mementukan sesuatu ijtihad itu benar atau salah. Jika kita yakin dengan sesuatu ijtihad, kita boleh ikut. tetapi untuk "mengkafirkan" ijtihad yang tidak selari dengan ijtihad kita "menjumudkan" ijtihad yang tidak selari dengan keinginan kita, adalah tidak wajar sama sekali.

13) Semoga kita membebaskan diri daripada kurungan ektremisme dalam berijtihad dan memberi pendapat. Sekadar pendapat saya untuk mengharmonikan semula ukhuwwah sesama kita.

Sekian.

p/s: Zaman ini zaman semua orang nak jadi setiausaha parti. Semua orang nak jadi ahli tafsir. Semua orang nak jadi ulama. Semua orang nak jadi hakim. Semua orang nak jadi peguam. Semua orang nak jadi pemberita. Semua orang nak tunjuk hebat.

Tapi sebenarnya tak semua. Hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat sahaja akan selamat.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena