Friday 31 July 2015

Najib - Beri peluang 'Kabinet Baharu' sebelum undi tidak percaya diusulkan

Jumaat, 31 Julai 2015


4 hrs

PAS hari ini menafikan tajuk berita dalam akhbar Berita Harian (BH) bertajuk "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya".

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata laporan yang disiarkan pada hari ini adalah salah dan mengelirukan.

"Presiden PAS menyebut undi tidak percaya di Parlimen salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya.

Samsuri berkata, akhbar itu berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah.

Sehubungan itu, katanya, PAS mendesak BH membuat permohonan maaf dan membetulkan laporannya.

"Kami mendesak pihak BH meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam," katanya.

Dalam kenyataan itu, PAS berkata tindakan selanjutnya akan diambil jika BH enggan berbuat demikian.

Hadi sebelum ini ditanya mengenai pandangannya mengenai undi tidak percaya kepada kepimpinan perdana menteri, pada satu sidang media yang dirakamkan dalam

video berdurasi 1minit 34 saat bertajuk "Undi tidak percaya adalah proses demokrasi".



Dia nak dekat dgn Umno ke ni..?

5 hrs

Najib puji Hadi Awang kerana beri peluang kepadanya

Datuk Seri Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menghargai sikap seteru politiknya itu yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Julai, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menghargai sikap seteru politiknya itu yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Julai, 2015. 

Menurut Najib, beliau menghargai sikap seteru politiknya itu yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.
"Sebab itu saya puji presiden PAS walaupun kami bersaing.
"Dia kata tak bersalah selagi tak dibuktikan. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya sewaktu berucap di Putrajaya, petang ini.
Hadi hari ini dilaporkan membuat seruan agar prestasi jemaah menteri yang baharu dirombak pada Selasa dahulu diteliti terlebih dahulu sebelum undi tidak percaya terhadap Najib diusulkan di Parlimen.
"Kita lihat Kabinet yang baharu ini dia nak selesai bagaimana masalah negara ini. Kita lihat dulu," Hadi dilaporkan sebagai berkata.
Menurut Najib, sikap Hadi itu berbeza dengan sesetengah "orang kita" yang turut galak mengkritik pentadbirannya.
"Orang kita tumpang semangkuk, jadi tukang kipas.
"(Sedangkan) pembangkang setengahnya bukan semua (berbuat demikian), ada juga yang tahu buat penilaian," katanya. – 31 Julai, 2015.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena