Wednesday 29 July 2015

[Video] Muhyiddin kata Najib akui RM2.6 bilion dalam akaunnya...

Rabu, 29 Julai 2015

Sebuah video yang memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa wang jutaan ringgit disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini mula tersebar. Video berkenaan dirakamkan ketika beberapa pengunjung menziarahi Muhyiddin di kediamannya di Bukut Damansara, Kuala Lumpur, malam semalam.

BLM.

Saya tidak kesal kritik Najib, 1MDB – Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau sedikit pun tidak menyesal mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak terutama berkaitan kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, beliau tidak boleh berbohong mengenai situasi (1MDB) yang berlaku pada masa ini.
“Sebagai orang lama dalam politik, setelah apa yang berlaku, saya tidak boleh berbohong. Mungkin pandangan saya agak pedas, tetapi ia harus dilaksanakan,” katanya pada sidang media di rumahnya di Bukit Damansara pada Rabu.
Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri perlu diperjelaskan mengenai isu kontroversi 1MDB kerana selama ini maklumat yang diberikan tidak jelas.
Kerajaan Rakyat

Sempena Eid Mubarak; Dua permohonan buat Dato' Seri Najib dan Isteri

Buat Najib Razak dan isteri
Sempena Aidilfitri Eid Mubarak 1436 Hijrah, saya punya dua permohonan ikhlas buat YAB Dato' Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Teluslah dalam pentadbiran dan jujurlah dalam percakapan.

1 - Teluslah dalam pentadbiran atas sifat anda sebagai perdana menteri.

2 - Jujurlah dalam percakapan berkaitan:
>> 1MDB
>> MH370
>> MH17
>> Kejatuhan matawang Ringgit
>> Pemenjaraan Anwar Ibrahim
>> Pembunuhan Altantuya
>> Rasuah cetak wang
>> Penyalahgunaan kuasa
>> Pemindahan dana ke akaun peribadi

Dato' Seri, ingatlah andai demokrasi gagal merobah keadaan, demonstrasi dan revolusi mungkin akan diolah langkah demi masa depan agama, negara bangsa dan nusa tercinta!

Salaam Aidilfitri
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat

1 comments:

Master Jaguh said...

Nak Tengok video penuh ?? ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena