Wednesday 22 July 2015

[Video Kesabaran Ayah] HADI telah KHIANAT dalam PR...Bai'ah PAS di KELANTAN TERBATAL & tak laku?

Khamis, 23 Julai 2015


Bai'ah PAS tak laku!

BAI`AH YANG DISANDARKAN KEPADA SUMPAH OLEH ADUN DAN AHLI PARLIMEN PAS 
KHUSUSNYA DI KELANTAN ADALAH TERBATAL KERANA PIMPINAN PAS TERUTAMA HADI
 TELAH KHIANAT DALAM PAKATAN RAKYAT, SEMUA MEREKA BERTANDING ATAS 
SEMANGAT PR BUKAN ATAS NAMA PAS SEMATA, ANTARA PENGKHIANATAN HADI IALAH:-

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju,
 berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' 
kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang 
menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi
 atau Mustafa Ali?.

2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 
tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat 
PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 
(dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan 
calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang 
di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah 
supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin
 sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu 
Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama 
lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu 
kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?.(Haji Hadi hantar tiga nama
 yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS
tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah 
dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak
 bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan 
mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS 
tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih 
sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu 
umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak 
dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB 
(nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS 
Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa
 Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi 
Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus 
kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin 
mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh
 Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku
 presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13,
 tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan 
kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz 
belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) 
bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah 
meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS 
boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan 
kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan
 tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi 
berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan
kekal berkuasa hingga kiamat.

20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas
Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS 
kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan 
Permatang Pauh yang tidak wala'?.

22. Tahun 1982 populerkan ungkapan `marakbar'(mampus) ditujukan kepada Dato Asri, 2014 
populer dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan kepada adun PAS yang berpegang 
dengan keputusan mesyuarat 17.8.14, tahun 2015 populer dengan kalimah
 `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga...

Di atas itu adalah fakta....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena