Rabu, 26 Ogos 2015
MAHU TETAPKAN HUKUM HIMPUNAN BERSIH PUN LINTANG PUKANG, ULAMAK APAKAH INI?
SEMENJAK bila Himpunan BERSIH ini menjadi 'halal' kepada pengampu2 rejim? Jika dulu yang sering mentakwilkan BERSIH ini 'haram' kerana penyebab huru-hara ini adalah dari kalangan rejim itu sendiri, tetapi sekarang berbeza. Ada yang bergelar 'ulamak' pun mula termakan dakyah rejim ini. Malang sungguh.
Hakikatnya bukan kerana 'hukum' berkaitan BERSIH itu 'halal atau haram', tetapi sebenarnya memang di hati sudah mula terasa 'sayang' kepada rejim dan bencinya kepada kumpulan yang selama ini pernah bersama mereka basah disembur air FRU dan pening termuntah akibat gas FRU. Di kalangan mereka ini pun sebenarnya berbelah-bahagi tentang perlu atau tidak untuk mereka bangkit bersama-sama rakyat di dalam Himpunan BERSIH 4 nanti.
Sekejap menyebut himpunan ini akan menjadi penyebab huru-hara, dan dalam masa yang sama boleh pula menghantar wakil ke perhimpunan tersebut. Dolak dalik tentang hukum inilah yang menjadikan imej mereka sebagau ulamak tercemar. Tidak konsisten, berubah-ubah mengikut musim. Jika benar bakal mencetuskan huru-hara, sepatutnya jangan benarkan hatta seorang pun terlibat. Mengapa perlu ada wakil untuk 'menghuru-harakan' negara?
Usahlah cari berbagai alasan. Alasan tarikh himpunan BERSIH4 pada 29 dan 30 ogos ini hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan, kononnya. Semenjak bila mereka ini peka sangat dengan sambutan Hari Kebangsaan? Peliknya, pada tarikh 30 Ogos itu, ada pula program yang mereka anjurkan. Rakyat tidak bodoh untuk dipersendakan. Alangkah baiknya berterus-terang saja dengan ahli-ahli kamu bahawa pihak kamu tidak lagi mahu berhimpun. Buang masa. Haram cetuskan huru-hara. Cakap sajalah.
Apapun yang kamu mahu lakukan dan apa jua alasan kamu, rakyat sudah tidak peduli. Rakyat sudah jemu dengan perangai "U-Turn' tidak berkesudahan. Ulamak sepatutnya konsisten bukan sering berdolak-dalik. Mungkin satu provokasi untuk menunjukkan kehebatan puaknya. Kalau betul hebat, baguslah. Tapi jangan buat kenyataan yang memperbodohkan orang sehingga kehebatan kamu tidak lagi dihormati orang. Sebab itu jangan pelik, dulunya orang muliakan kamu tetapi sekarang setiap hari menjadi bahan ketawa dan sendaan orang.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 2:06 PTG
Wednesday, 26 August 2015
BERSIH itu 'halal atau haram'? - Malang sungguh! Ada yang bergelar 'ulamak' pun mula termakan dakyah rejim Umno?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
R abu, 21 Oktober 2015 Bajet 2016 Pinjaman Perumahan Untuk Pembeli Rumah Pertama Dipermudahkan. Tuntutan Pemaju Hartanah! Pada ketik...
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Isnin, 3 Jun 2019 KiniTV Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan membuat keputusan segera peguam dari Jabatan Pe...
-
Selasa, 11 Jun 2019 Jom Channel Bekas Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pusat KEADILAN dan jugaKetuaBiro Perundangan parti itu Latheefa Koya,...
-
Jumaat, 21 Oktober 2016 'Bajet 2017 - Sengsara untuk rakyat tahun hadapan' SUARA MP l Bajet 2017 membuktikan bahawa kerajaa...
-
Sabtu, 29 Ogos 2015 BER i TA BA i K Pelajar universiti boleh sertai Bersih 4, kata timbalan menteri Pelajar ins...
-
Khamis, 19 September 2013 Betapa mulianya Henry Gurney di mata hati pemerintah Malaysia di bawah pimpinan UMNO UMNO, Henry Gurney dan...
-
Khamis, 30 Mei 2019 KiniTV Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PR...
-
Jumaat, 23 Mei 2014 Berjaya tambat hati Melayu, peluang cerah Dyana menang Keputusan DAP mencalonkan setiausaha polit...
-
Khamis, 30 Jun 2016 Pakatan Harapan pertahan AMANAH Ahli panel forum mengenai Parti Amanah Negara (AMANAH), termasuk wakil dar...


0 comments:
Post a Comment