Wednesday, 26 August 2015

PAS Panik kata Penganalisis? GHB berjaya mencipta gelombang letak jawatan...Kini Sri Gading Johor, Taiping dan Bukit Gantang.

Rabu, 26 Ogos 2015

Lagi Letak Jawatan AJK PAS Kawasan, PAS Panik Kata Penganalisis...

19 AJK PAS Sri Gading letak jawatan 

Ahli PAS dilihat terus mengumumkan peletakan jawatan dalam parti masing-masing secara berperingkat, terbaru di Sri Gading, Johor malam tadi melibatkan seramai 19 ahli jawatankuasa (AJK) kawasan itu diketuai Yang Dipertua Mohd Salleh Samad. 

Salleh berkata, peletakan jawatan itu sama seperti ramai rakan yang lain, susulan keputusan mereka menyertai kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebelum pembentukan sebuah parti baharu ekoran perpecahan dalam PAS. 

Pengumuman peletakan jawatan itu dibuat pada satu sidang media jam 10.30 malam tadi selepas PAS kawasan Kota Raja, Shah Alam dan Kelana Jaya di Selangor berbuat demikian beberapa hari lepas.

Sebelum ini, 91 AJK PAS kawasan dan cawangan di Gelang Patah juga meletak jawatan masing-masing bagi menyertai GHB menjelang pembentukan parti baharu mereka, Amanah, yang dijadualkan dilancar secara rasmi 31 Ogos ini.

Malam ini, gelombang sokongan kepada GHB ini akan bergerak ke Perak apabila pemimpin PAS kawasan Taiping dan Bukit Gantang pula dijangka akan meletak jawatan.

Mengulas perkembangan ini, pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kepada The Malaysian Insider sebelum ini, GHB berjaya mencipta gelombang dengan peletakan jawatan beramai-ramai ini.

Beliau juga berkata, tindakan ini menyebabkan PAS panik dan membuat pelbagai tindakan untuk menghakis persepsi ramai yang lari dari parti itu.

Ini termasuk membuat kempen pendaftaran ahli PAS baru di peringkat negeri, khasnya di Selangor. -TMI 

Posted By 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena