Monday, 24 August 2015

BERSIH 4.0 - Polis mungkin guna senjata 'Renjatan Elektrik' kepada pendemo? Fuhhh! takut nya aku.

Isnin, 24 Ogos 2015

Fuhhh.....takut nya aku...kikiki

BERSIH 4.0 - Polis Mungkin Guna Renjatan Elektrik Kepada Pendemo



Polis mungkin akan menggunakan senjata renjat terhadap peserta himpunan BERSIH 4.0 jika berlaku insiden rusuhan atau keganasan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Rashid berkata polis mempunyai beberapa kelengkapan itu dan sebahagian polis yang mahir menggunakannya akan ditugaskan pada hari himpunan, lapor Oriental Daily News.

Katanya, jika keadaan memaksa, polis akan menggunakan senjata renjat untuk memastikan tugas mereka lancar.

"Dalam apa-apa keadaan, polis akan mengikut SOP (prosedur operasi piawai) jika perlu menggunakan senjata renjat.

“Jika keadaan perlu dikawal, polis akan menggunakan senjata renjat untuk menundukkan suspek dengan mengikut SOP," beliau dipetik sebagai berkata.

Rashid berkata polis yang dibenarkan menggunakan senjata renjat telah melalui latihan yang profesional.

Katanya, polis akan menambahkan pembelian senjata renjat pada masa akan datang.

Oriental Daily melaporkan, senjata renjat atau taser gun itu mempunyai jarak tembakan antara 15 hingga 35 kaki dan mereka yang ditembak akan hilang keupayaan bergerak serta-merta.

Noor Rashid dilapor berkata polis menandatangani kontrak dengan syarikat Pro Ice Holding pada 2008. Tenaga pengajar untuk melatihnya dilapor dibawa daripada Amerika Syarikat.

- mkini
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena