Wednesday, 26 August 2015

GHB yakin ramai ahli PAS sertai Bersih 4...

Rabu, 26 Ogos 2015
GHB yakin ramai ahli PAS sertai Bersih 4
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 25 August 2015 4:26 PM
Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.
Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 

Pengerusi GHB itu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas.
"Tidak terjejas bahkan saya yakin ahli PAS juga akan bersama dalam himpunan itu.
"Bersih adalah isu rakyat tidak kira parti politik semua akan turun," katanya pada sidang media di pejabat GHB Selangor di Shah Alam, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan Hadi yang mahu menganjurkan himpunan berasingan.
"Saya tidak mahu ulas hal parti lain tetapi 1 Mei yang lalu mereka buat himpunan yang berasingan di Padang Merbok.
"Himpunan 1 Mei membantah GST adalah keputusan muktamar PAS itu pun waktu itu mereka dah buat berasingan.
"Jadi ulasan mengapa mereka buat berasingan elok pihak mereka memberi penjelasan," katanya.
Mohamad, juga dikenali Mat Sabu sekali menyatakan sokongan penuh GHB terhadap Bersih 4 anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan menyediakan 500 sukarelawan unit keselamatan, Arif untuk bertugas bersama Pemuda DAP (Dapsy) dan Pemuda PKR.
Beliau turut menolak dakwaan Bersih hanya mendapat sokongan satu kaum sahaja, dan yakin Melayu menjadi kaum paling ramai menyertainya pada 29 dan 30 Ogos nanti.
"Kita harap semua kaum akan turun dan memberi kerjasama. Saya yakin di kalangan ahli parti pemerintah juga akan bersama kita kali ini," katanya.
Mengenai penubuhan parti baharu, Parti Amanah Rakyat, Mat Sabu berkata sidang media pengumumannya akan diadakan pada 31 Ogos pukul 3 petang di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.
Manakala majlis pelancaran parti itu akan diadakan pada 16 September depan.
"Selepas itu kita akan turun kebawah secara insentif. Kalau sekarang negeri, selepas itu kawasan untuk memberi penerangan kalau berbanding jelajah sekarang," katanya.
Diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad GHB akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun depan, Mat Sabu bagaimanapun berkata sebaliknya.
"Kami belum bincang hal pertandingan pilihan raya. Sekarang tumpu pendaftaran parti kemudian nanti kami nak tumpu menambah ahli dan mengangkat isu rakyat
"Itu pandangan Khalid, kita belum buat keputusan. Pandangannya itu nanti kita akan bawa dalam perbincangan," katanya. – 25 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ghb-yakin-ramai-ahli-pas-sertai-bersih-4#sthash.hnEJyTqm.dpuf

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena