Sunday 23 August 2015

Unit Amal versi GHB...Amal Relief Malaysia (Arif) sedia bantu Bersih 4

Isnin, 24 Ogos 2015

Unit Amal PAS tidak kelihatan, Arif sedia bantu Bersih 4


At previous Bersih rallies, PAS’s volunteer corp Unit Amal managed the crowd and ensured security. The PAS leadership has been non-committal about this weekend's rally. – The Malaysian Insider file pic, August 23, 2015.
At previous Bersih rallies, PAS’s volunteer corp Unit Amal managed the crowd and ensured security. The PAS leadership has been non-committal about this weekend's rally. – The Malaysian Insider file pic, August 23, 2015.

Ahli sukarelawan Gerakan Harapan Baru (GHB), dikenali sebagai Amal Relief Malaysia atau Arif, kini bersedia mengambil alih peranan Unit Amal PAS dalam memastikan keselamatan dan menguruskan orang ramai semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini.

Ia susulan kepimpinan tertinggi parti Islam itu sehingga kini tidak menyatakan dengan jelas pendiriannya sama ada menyokong perhimpunan itu yang akan diadakan dari 29 hingga 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Selama ini, PAS gigih memberikan sokongan dengan mengerahkan Unit Amalnya yang memainkan peranan penting dalam membantu menjaga ketenteraman dan keselamatan pada perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya yang lalu.

Menjanjikan kira-kira 500 ahli, Arif memberi jaminan ia akan dapat memikul tugas berat itu walaupun agak baru ditubuhkan pada Julai lalu selepas GHB dilancarkan secara rasmi.

Setiausaha Agungnya Baharuddin Abu Kassim berkata, Arif, pada dasarnya ialah Unit Amal versi GHB.

Beliau berkata ahli-ahlinya terdiri daripada pasukan sukarelawan PAS, yang baru-baru ini melepaskan jawatan dalam parti Islam itu bagi menyertai gerakan baharu.

Bekas Pengarah Unit Amal, Johari Osman, kini mengetuai Arif.

"Majoriti ahli Arif adalah daripada pasukan lama (Unit Amal), jadi dari segi kepakaran, mereka memilikinya. Cuma kini, kami memberi tumpuan kepada bantuan, menyelamat dan usaha pemulihan," kata Baharuddin.

Bagi perhimpunan Bersih 4 akan datang, beliau berkata, Arif lebih daripada bersedia untuk digerakkan apabila diperlukan.

"Kami akan memakai T-shirt oren berlengan hitam. Kami bersedia untuk membantu dan mempermudahkan seperti perhimpunan sebelum ini... Kami mempunyai pengalaman," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dilaporkan Bersih 2.0 merancang menggerakkan kira-kira 2,000 sukarelawan untuk memastikan keselamatan dan menguruskan peserta selepas Unit Amal masih belum mengesahkan kehadiran mereka.

Baharuddin berkata Arif melengkapkan sukarelawan daripada pihak penganjur, NGO dan parti-parti politik yang mengambil bahagian.

Arif, Baharuddin berkata, meletakkan ahli jawatankuasanya dalam keadaan bersiap sedia di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Sabah.

Pada masa ini, beliau berkata, Arif mempunyai lebih 200 ahli dan sukarelawan juga digalakkan mendaftar sebagai Sahabat Arif, walaupun bukan ahli GHB.

Unit Amal ditubuhkan 23 tahun lalu di bawah Dewan Pemuda PAS.

Sebelum ini ia dikenali sebagai pemuda berpakaian merah yang mengarahkan lalu lintas dan keselamatan semasa majlis PAS dan Pakatan Rakyat.

Unit kebajikan itu beberapa tahun kebelakangan ini menjadi sebahagian gerak kerja parti.

PAS berkata, ahlinya tidak dihalang daripada menyertai Bersih 4.

Naib presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, dakwaan yang parti Islam itu tidak menyokong perhimpunan tersebut adalah tidak benar. – 23 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/unit-amal-pas-tidak-kelihatan-arif-sedia-membantu-bersih-4#sthash.frmiQ1g0.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena