Turun ke Bersih 4 satu patriotisme, kata NGO pesara tentera Badan bukan kerajaan (NGO) pesara tentera menggesa supaya rakyat turun ke demonstrasi Bersih 4 pada 29 Ogos ini sebagai tanda patriotisme pada ketika negara berdepan dengan pelbagai krisis.
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara.
"Mereka yang hadir pada demonstrasi pada hujung minggu ini adalah mereka yang sayangkan negara," katanya kepada The Malaysian Insider.
Nazari berkata walaupun pada 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan, ia tidak menjadi kesalahan kepada orang ramai untuk hadir ke demonstrasi besar-besaran anjuran Bersih 2.0 tersebut.
"Kita hormat orang menyambut Hari Kebangsaan tapi rakyat yang hadir pada Bersih 4 nanti juga berhak dan boleh dianggap sebagai seorang yang patriotisme.
"Mereka yang turun pada 29 Ogos ini nanti terdiri daripada mereka yang mengambil berat tentang krisis dan kemelut yang melanda negara ketika ini," katanya.
Menurut Nazari, sudah tiba masanya kerajaan mendengar suara rakyat bawahan dan tidak mementingkan diri sendiri semata-mata.
"Sudah tiba kerajaan mendengar suara rakyat, himpunan ini adalah aman dan bukannya satu rusuhan," katanya.
Nazari juga meluahkan rasa kebimbangan dengan keadaan ekonomi dan mata wang yang lemah dihadapi negara ketika ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat.
"Dalam keadaan sekarang, ekonomi makin merudum kemudiaan ditambah pula dengan kenyataan daripada pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang mengatakan kita akan bankrap.
"Ini semua mengerikan kita, rakyat dalam terumbang-ambing. Mereka yang sertai demonstrasi nanti adalah lebih patriotisme tinggi kerana mereka ini bukan partisan," katanya.
Perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini bakal berlangsung di ibu negara dan penyertaan di beberapa buah negeri seluruh Malaysia dan seperti di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar-bandar utama di seluruh dunia.
Tuntutan mereka kali ini ialah untuk pilihan raya yang bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk membantah, memperkukuh demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.
Sementara Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga hari ini mengumumkan himpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini adalah haram.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan mereka juga mendapati Bersih 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan. -TMI
Wednesday, 26 August 2015
[Video] Turun ke Bersih 4 satu patriotisme, kata NGO pesara tentera (Kerabat)
Khamis, 27 Ogos 2015
Posted by
Briged Kibaran Bendera
at
09:26
Labels:
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Cendawan/Alga Benih Cendawan Mekah/Mud-mud July 11, 2012 · Khasiat dan Kelebihan Air Cendawa...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Khamis, 25 Julai 2013 Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah Tindakan Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gamba...
-
Sabtu, 9 Mac 2013 007 : 30 % UNTUK TABUNG PERAJURIT LAHAD DATU! sabahkini.net Oleh : A.G. TAYLORS SEMPENA menghargai pengorba...
-
Rabu, 8 April 2015 Buletin Pakatan Rakyat added a new photo. Yesterday at 2:36am · Buletin Pakatan Rakyat ...
-
Sabtu, 13 Mei 2017 JUMAAT, 12 MEI 2017 UNDI PAS SOKONG UMNO KENYATAAN MEDIA 11 Mei 2017 1. KEADILAN menzahirkan kekesal...
-
Ahad, 7 Mei 2017 HARAPAN terima lebih 130 logo Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo. ...
-
Isnin, 19 November 2018 Otai BERSIH Kerajaan Malaysia perlu tegas utk mengambil tindakan keatas YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy...
0 comments:
Post a Comment