Saturday 29 August 2015

[Video] Peserta BERSIH mula bangkit...Peserta Islam bergegas ke Masjid Jamek sebaik sahaja azan subuh dilaungkan.

Ahad, 30 Ogos 2015


Published on Aug 29, 2015
Peserta perhimpunan mula bangun dari tidur dan mengemaskan tempat tidur mereka.

Peserta beragama Islam bergegas ke Masjid Jamek sebaik sahaja azan subuh dilaungkan.


"Saya tidak kisah, Tidur dalam khemah"
KUALA LUMPUR: Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang antara pemimpin yang turut tidur bersama peserta Bersih di pekarangan Dataran Merdeka. 

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan tidur dalam khemah adalah biasa bagi dirinya. 

"Saya tidak kisah. Tidur dalam khemah ini sudah biasa. Tidur di tempat enam bintang boleh, tempat tiada bintang pun boleh. 

"Rakyat boleh tidur di jalanan. Pemimpin juga seharusnya boleh berbuat demikian," katanya. 

Menurutnya, beliau akan terus bersama peserta Bersih 4.0 sehingga himpunan tersebut tamat.

 "Setakat ini, himpunan terkawal dan peserta juga berhimpun dan mengikut arahan yang diberikan.

 "Saya bersemangat untuk meneruskan himpunan seterusnya mencapai matlamat himpunan Bersih ini,"katanya. -sinarharian-

-sinarharian-

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena