Thursday, 27 August 2015

Demo Bersih 4 - Dyana, Afif kesal siswa UiTM ditakut-takutkan..."Mereka berdua merupakan alumni popular UiTM"

Jumaat, 28 Ogos 2015

Dyana, Afif kesal siswa UiTM ditakut-takutkan

Dua orang alumni popular Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini tampil menyelar tindakan institut pengajian tinggi itu yang melarang pelajarnya menyertai demo BERSIH.
Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan bintang muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud hari ini.
Mereka mengulas amaran Naib Canselor Tan Sri Prof Sahol Hamid Abu Bakar bahawa penuntut UiTM yang terlibat dengan BERSIH 4 hujung minggu ini akan berdepan dengan tindakan tatatertib.
“Kenyataan terbaru naib canselor ini adalah sesuatu yang mengecewakan dan tidak mencerminkan status beliau sebagai seorang terpelajar, yang sepatutnya menggalakkan pemikiran kritis di kalangan siswa dan menghormati kebebasan akademik para siswa.
“Hakikatnya, para siswa bebas untuk memilih dan pastinya bebas untuk mempunyai pendirian politik mereka sendiri.
“Ini bukanlah tugas seorang naib canselor untuk menakut-nakutkan siswa dan lebih lagi cuba menentukan pemikiran siswa masa kini,” kata dua ahli politik muda itu.
Mereka juga berkata, Sahol tidak jujur apabila UiTM pernah membenarkan siswa berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Ogos 2008 bagi membantah cadangan membuka kuota pelajar 10 peratus kepada bukan Bumiputera.
“Himpunan (BERSIH) ini tidak dihalang malah telah digalakkan untuk para siswa menyertainya.
“Ini menjadi bukti bahawa, menyertai perhimpunan aman adalah tidak salah di sisi undang-undang UiTM,” kata mereka lagi.
Sahol sebelum ini dilaporkan menasihatkan semua penuntut UiTM supaya tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang diharamkan kerajaan, sebaliknya fokus kepada pengajian.
Beliau juga berkata golongan ini hanya memburukkan nama universiti dan terikut-ikut dengan maklumat diterima tanpa usul periksa dan membuat andaian sendiri menggunakan ilmu pengetahuan cetek.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena