Monday, 24 August 2015

Hari ini! Bursa jatuh akibat jualan besar-besaran...Satu lagi "PROJEK BN" rasakanlah rakyat M'sia semua.

Isnin, 24 Ogos 2015
Bahlolrazi Razi
Satu lagi "PROJEK BARISAN NASIONAL" ha....ha....ha.....rasakanlah rakyat Malaysia semua
comment - Malaysiakini.

Bursa jatuh akibat jualan besar-besaran

Jualan besar-besaran di seluruh papan, terutama kaunter berwajaran tinggi, menyebabkan Bursa Malaysia hari ini ditutup rendah mendadak, kata para peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 42.53 mata atau 2.70 peratus untuk ditutup pada paras harian terendah 1,532.14 selepas turun naik antara 1,532.14 dan 1,554.08 sepanjang hari.
Hong Leong Investment Bank berkata indeks utama mengalami jualan selanjutnya akibat kejatuhan mendadak Dow Jones yang turun 3.1 peratus Jumaat lepas dan diburukkan lagi oleh kebimbangan terhadap isu domestik.
Bursa tempatan didagangkan rendah sepanjang sesi urus niaga dan menyusuli kejatuhan mendadak bursa serantau berikutan sentimen lemah terhadap saham China bersama-sama kelembapan ringgit, kata seorang peniaga.
Buat pertama kali sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu ringgit melepasi paras 4.25 berbanding dolar AS hari ini.
Dalam kalangan bursa serantau, Nikkei 225 jatuh 4.61 peratus kepada 18,540.68, Hang Seng susut 5.17 peratus kepada 21,251.57, Indeks Kospi merosot 2.47 peratus kepada 1,829.81, Indeks Straits Times turun 3.94 peratus kepada 2,854.06 dan Komposit Shanghai merosot 7.42 peratus pada 3,247.44.
Keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 941 berbanding 100, manakala 155 kaunter tidak berubah, 605 tidak diniagakan dan 10 lagi digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.58 bilion unit bernilai RM2.50 bilion daripada 1.79 bilion unit pada RM2.13 bilion Jumaat lepas.
Pada papan skor Indeks FBM Emas jatuh 309.83 mata kepada 10,485.14, Indeks FBMT100 susut 287.97 mata kepada 10,241.80 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 287.98 mata pada 10,901.91.
FBM Ace kurang 324.82 mata pada 4,885.91 dan FBM 70 jatuh 328.76 mata kepada 11,207.43.
Dari segi sektor, Indeks Kewangan jatuh 456.71 mata kepada 13,675.61, Indeks Perladangan turun 153.51 mata pada 6,715.88 dan Indeks Perusahaan susut 87.51 mata kepada 2,938.98.
Dalam kalangan penggerak peneraju saham komponen indeks komposit ialah Sime Darby yang jatuh 59 sen kepada RM7.02, Maybank susut 27 sen kepada RM8.32, CIMB Group kurang 33 sen pada RM4.62, Public Bank rugi 42 sen kepada RM17.28 dan Petronas Chemicals luak 20 sen pada RM5.38.
Dalam kalangan kaunter cergas, Frontken jatuh dua sen kepada 17 sen, AirAsia turun lima sen kepada 92 sen, IFCA MSC susut 11.5 sen kepada 50.5 sen dan Sumatec luak satu sen kepada 10.5 sen.
APFT menokok setengah sen kepada 23.5 sen.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.34 bilion unit bernilai RM2.18 bilion daripada 934.92 juta unit bernilai RM1.92 bilion Jumaat lepas.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 343.67 juta saham bernilai RM58.57 juta daripada 173.70 juta saham bernilai RM39.47 juta sebelum ini.
Waran meningkat kepada 897.83 juta unit bernilai RM260.46 juta daripada 677.80 juta unit bernilai RM167.60 juta sebelum ini.
Produk pengguna merangkumi 124.52 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk perusahaan (211.52 juta), pembinaan (53.32 juta), perdagangan dan perkhidmatan (573.97 juta), teknologi (59.64 juta), infrastruktur (25.68 juta), SPAC (36.61 juta), kewangan (84.49 juta), hotel (2.66 juta), hartanah (122.64juta), perladangan (23.29 juta), perlombongan (22,900), REIT (17.64 juta), dan tertutup/dana (73,500).
-Bernama
Malaysiakini


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena