Tuesday 25 August 2015

Khalid: Tak mahu keluar PAS, tak mahu jadi wakil rakyat Bebas...Apo nak di kato!

Rabu, 26 Ogos 2015

Khalid: Tak mahu keluar PAS, tak mahu Bebas


MP Shah Alam Khalid Samad berkata beberapa wakil rakyat PAS menunggu terbentuknya parti Islam baru oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi membolehkan keahlian mereka dalam PAS gugur sendiri.
Malah, mereka juga bertegas tidak akan keluar PAS menjadi wakil rakyat Bebas," lapor Sinar Harian hari ini.
"Kami hanya tunggu Harapan Baru terbentuk sebagai sebuah parti, pada masa itu keanggotaan kami sebagai ahli PAS akan gugur sendirinya.
"Kami tak akan keluar PAS, kami tak nak jadi wakil rakyat bebas," katanya seperti dilaporkan akhbar itu hari ini.
"Kalau kami keluar PAS, kami akan jadi wakil rakyat bebas. Itu kami tak mahu," katanya lagi.
Kenyataan bekas ahli jawatankuasa PAS pusat itu hadir selepas beberapa pihak dalam PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggesa wakil rakyat PAS supaya mengosongkan kerusi yang mereka wakili jika ingin menyertai parti lain.
Menurutnya Hadi lagi, kegagalan wakil rakyat PAS berbuat demikian bakal mengundang laknat Allah dan Rasulullah kerana wakil rakyat PAS telah melafazkan baiah taat setia pada parti sebelum bersetuju menjadi calon atas tiket PAS.
Dalam laporan itu juga, Khalid berkata jika mereka menjadi wakil rakyat Bebas, mereka akan ditempatkan di bersama-sama dengan MP Bebas lain seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata selepas penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 bakal dilakukan sebelum Oktober dan ahli parlimen bakal berada dalam parlimen pada 19 Oktober sebagai wakil rakyat dari parti baru dan bukannya Bebas.
"Sebab itu kita nak ada parti, bila kita duduk di Parlimen, kita akan dilihat sebagai satu parti," katanya.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena