Tuesday 25 August 2015

ABIM seru umat Islam sertai Bersih 4, hapuskan kebangsatan

Selasa, 25 Ogos 2015

Petanda PAS Makin Disisihkan?


Petanda PAS Makin Disisihkan? Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru umat Islam agar menyertai himpunan Bersih 4 bagi menghentikan kebangsatan umat Islam yang khususnya kaum Melayu.

Presiden Abim Amidi Abd Manan berkata, ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan perlu digunakan bagi tujuan menghentikan kebangsatan berkenaan.

"Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

"Abim menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang.

"Sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Amidi (gambar atas) berkata kebangsatan dan kesialan sesuatu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui segenap kalangan.

Image result for Bersih 4

"Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Katanya, perkataan bangsat dipilih kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika Umno kehilangan kuasa.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa. Terbangsat... tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap."

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena