Sunday 23 August 2015

Forum 1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat..."Menyingkirkan Najib dilihat paling relevan bagi tokoh-tokoh Umno"

Isnin, 24 Ogos 2015
Krisis keyakinan yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion menjadi perbualan paling hangat saat ini.
Namun, tiada siapa yang dapat memberikan jawapan langkah-langkah terbaik merungkaikan krisis politik dan ekonomi ini.
Bersih menganjurkan demonstrasi selama dua hari mulai 29 Ogos, sementara sekumpulan tokoh politik mencadangkan undi tidak percaya dibuat terhadap Najib di Parlimen.
Menyingkirkan Najib dilihat paling relevan bagi tokoh-tokoh Umno, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menyelamatkan negara dan parti itu.
Namun pihak-pihak di luar Umno pula mahukan lebih daripada penyingkiran Najib. Mereka gusar pada beban hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion dan menuntut perubahan yang lebih meluas.
Persoalannya, apakah mungkin undi tidak percaya di Dewan Rakyat boleh berjaya? Atau, rakyat harus turun beramai-ramai di perhimpunan BERSIH 4 bagi menyatakan penolakan meluas mereka?
Merancakkan perbahasan isu semasa
Malaysiakini mengundang empat tokoh terkenal untuk membahaskan sejauh mana berkesannya langkah BERSIH 4 dan juga kemungkinan undi tidak percaya boleh diusulkan.
Mereka juga akan membahaskan implikasi krisis politik ini dan idea-idea yang dipercayai boleh diambil untuk menyelesaikan kemelut negara ini.
Forum bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat'disertai oleh Datuk A Kadir Jasin, tokoh editor dan pengulas politik terkenal; Datuk Saifuddin Abdullah, CEO Pergerakan Moderat Global (GMM) dan mantan timbalan menteri; Gan Ping Sieu, presiden pertubuhan CENBET dan mantan timbalan menteri; dan Maria Chin Abdullah, pengerusi Bersih 2.0.
Ia akan diadakan pada Rabu depan (26 Ogos) bermula jam 8.30 malam di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.
Acara ini sebahagian aktiviti Malaysiakini untuk merancakkan perbahasan isu-isu semasa. Para peserta boleh bersoal jawab dengan empat tokoh nasional berhubung topik hangat ini.
Untuk mereka yang berada di luar Lembah Klang, forum ini bakal disiarkan secara langsung melalui video dalam talian.
Untuk menghadiri program ini, alamatnya seperti berikut:
PJ 51 Business Park
@Kini, No 9 Jalan 51/205 A,
Off Jalan Tandang, Petaling Jaya

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena