Tuesday 1 September 2015

[Video] Bravo Najib, kipidap...Negara sedang tenat, Najib mahu beli kapal perang dianggarkan RM3 bilion? Batalkan, kata Rafizi

Selasa, 1 September 2015

Negara sedang tenat, Najib Razak masih pertimbang beli kapal perang baru yang harganya berbilion-bilion. Mungkinkah beliau sudah dapat penderma baru..??!!

DAHLAH HARITU beli jet mewah VVIP baru KERAjaan hampir SETENGAH BILION RINGGIT !!!

TAHUKAH ANDA.. Semakan drpd International Business Times (26/8/2015), kos penyelenggaraan sebuah kapal perang kelas Mistral ini dianggarkan berjumlah RM11.6 juta SEBULAN !!!.. SETAHUN RM139.2 JUTA !!!

TAK MUSTAHIL.. tiba2 GST 6% bertukar jadi 16%.. atau 60% jika hutang negara sudah menghampiri RM1 trilion...



Bersyukur.. SATU DUNIA TAHU..!!
Malaysia Semakin Glamour di bawah pemerintahan Najib..

Kali ini dari keratan akhbar (FRONT PAGE) lagi di Munich, Jerman.. dan juga mnjadi 'front page cover' seluruh Eropah..

Bravo Najib.. kipidap








Suratkabar thai hri ni pnye



Rafizi : Batalkan Hasrat Pembelian Kapal Perang Kelas Mistral Yang Dianggarkan Bernilai RM3 Bilion



1 SEPTEMBER 2015

BATALKAN HASRAT PEMBELIAN KAPAL PERANG KELAS MISTRAL YANG DIANGGARKAN BERNILAI RM3 BILION


Saya memetik satu laporan oleh The International Business Times bertajuk “France Russia Mistral Ships Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier” http://www.ibtimes.com/france-russia-mistral-ships-update-m… bertarikh 26 Ogos 2015 mengenai hasrat Kerajaan Malaysia membeli sebuah kapal perang pengangkut helikopter dari Kerajaan Perancis.


Akhbar-akhbar antarabangsa turut melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian bakal mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam rangka lawatan 2 hari ke Malaysia bermula semalam. Rombongan beliau akan turut disertai oleh wakil-wakil dari industry persenjataan Perancis termasuklah Dassault Aviation, Thales, Safran, DCNS, DCI dan MBDA (seperti kenyataan rasmi Kedutaan di Malaysia pada 27 Ogos 2015). Berita-berita ini padan dengan desas-desus bahawa lawatan Menteri Pertahanan Perancis itu adalah untuk merundingkan penjualan sebuah kapal perang kelas Mistral kepada Kerajaan Malaysia.


Semakan mengenai kapal perang kelas Mistral yang dilaporkan secara meluas merujuk kepada dua buah kapal perang pengangkut helikopter kelas Mistral yang pada asalnya ditempah oleh Kerajaan Russia. Kapal-kapal yang dinamakan Sevastopol dan Vladivostok ini sepatutnya diserahkan kepada Kerajaan Russia tahun 2014 dan 2016 tetapi tergendala apabila Kerajaan Perancis membatalkan kontrak penjualan itu ekoran rekod buruk hak asasi manusia Kerajaan Russia.


Semakan juga menunjukkan sebuah kapal perang kelas Mistral ini dianggarkan berjumlah sekitar USD600 juta dalam tahun 2012. Mengambil kira kenaikan harga dan kadar matawang terkini (anggaran kos USD650 juta pada kadar matawang RM4 kepada USD1), ini bermakna kos pembelian kapal perang kelas Mistral ini boleh mencecah RM2.6 bilion. Mengambil kira kontrak penyenggaraan dan bantuan teknikal yang selalunya bernilai ratusan juta, saya menganggarkan pembelian ini boleh memakan RM3 bilion dana rakyat.


Itu tidak termasuk pembelian helikopter yang diperlukan sebagai melengkapkan kapal perang kelas Mistral ini.


Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Razak dan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein membentangkan kepada Parlimen dalam sessi akan datang penjelasan-penjelasan berikut:


1. Kenapa Kerajaan Malaysia berniat membeli sebuah kapal perang yang direka dan dibina untuk armada laut Russia yang strategi pensejataannya begitu berlainan dari Malaysia? Bukankah lebih baik sebarang tempahan kapal baru mesti mengikut strategi jangka panjang tentera Malaysia?


2. Berapakah kos keseluruhan pembelian kapal ini termasuk dengan pembelian helikopter dan kontrak-kontrak bantuan teknikal? Jumlah ini perlu dibentangkan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat.


Pembelian kapal selam Scorpene terpakai semasa Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan dahulu telah mengundang pelbagai kontroversi termasuk pembayaran komisen sehingga RM500 juta dan skandal pembunuhan gadis Mongolia Altantuya Sharibu yang masih belum selesai.


Kini, pentadbiran beliau dilaporkan ingin pula membeli sebuah kapal perang yang dibina untuk negara lain semasa ekonomi negara merudum.


RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Media Terus.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena