Terkejutkan? Israel yg teruk pun tak mahu pemimpin yg teruk..pemimpin kita masih boleh bersenang lenang guna harta negara..
Polis Israel menyoal siasat isteri Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berhubung dakwaan perbelanjaan isi rumah yang melambung tinggi. Soal siasat itu memberi perhatian sama ada Sara Netanyahu menggunakan dana negara untuk membiayai kerja penyelenggaraan dan membeli perabot baharu rumah persendirian pasangan itu di bandar tepi pantai ekslusif di Caesarea.
Polis Israel menyoal siasat isteri Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berhubung dakwaan perbelanjaan isi rumah yang melambung tinggi. Soal siasat itu memberi perhatian sama ada Sara Netanyahu menggunakan dana negara untuk membiayai kerja penyelenggaraan dan membeli perabot baharu rumah persendirian pasangan itu di bandar tepi pantai ekslusif di Caesarea.
Media Israel melaporkan soal siasat itu dan kamera yang diletakkan di luar balai polis menunjukkan kenderaan membawa wanita pertama Israel itu tiba. Polis bagaimanapun enggan mengulas. Satu laporan terkini oleh pemerhati rasmi negara memperincikan sejumlah besar wang awam dibelanjakan pasangan itu.
Pasangan Netanyahu sekian lama berdepan pengawasan panjang berhubung perbelanjaan mereka dan tuduhan bahawa gaya hidup boros mereka tidak diketahui kebanyakan penduduk Israel. Sara Netanyahu terutama dikecam kerana gemarkan barangan mewah dan mahal selain melayan dengan buruk pekerja bawahannya. -AP
Husam bimbang Pas jadi pelindung korupsi Umno
Menurut Husam, Pas dibimbangi akan menjadi pelindung kepada agenda korupsi yang dilakukan oleh Umno demi kepentingan parti berkenaan.
"Saya bimbang kalau-kalau parti saya (Pas) berpakat dengan Umno untuk melindungi korupsi. Tindakan ini lebih membawa bahaya kepada orang Melayu.
"Kepimpinan Melayu tidak akan diterima sekiranya track recored parti agama yang dibawa oleh Pas tidak mampu mempertahankan korupsi yang buruk dan laknat,"katanya ketika hadir di Majlis Makan Malam Pari Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ, malam tadi.
Beliau berkata, korupsi merupakan satu dosa dalam Islam malah Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 lalu turut menganggap perkara ini adalah sebagai satu isu yang penting untuk dibincangkan.
Dalam pada itu, Husam turut memaklumkan bahawa isu penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah merupakan salah satu bentuk rasuah.
"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan?
" Lebih manfaat kalau wang-wang ini digunakan untuk membantu penduduk Melayu di luar bandar,penduduk desa,dan nelayan-nelayan miskin," katanya.
Posted by Kedah Lanie
0 comments:
Post a Comment