Saturday 2 January 2016

Manfaat GST masih lagi tidak dirasai rakyat..."Nampaknya rakyat akan marah kepada kerajaan".

Sabtu, 2 Januari 2016


gali lubang tutup lubang itu bisniss ka? Umno Jib bon. Hidup Melayu3x

Manfaat GST masih lagi tidak dirasai rakyat

GST baru

SHAH ALAM - Penganalisis berpandangan tahun 2016 akan menjadi tahun yang lebih mencabar buat rakyat Malaysia terutamanya dari prospek ekonomi.

Menurut pensyarah kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pada tahun ini rakyat dijangka akan lebih menanggung beban kerana pelbagai lagi siri kenaikan harga sama ada barangan dan perkhidmatan diramal meningkat.

"Saya ramalkan lebih mencabar. Sektor kerajaan juga banyak 'cut cost' dalam perbelanjaan. Harga barangan pun naik. Kos pengangkutan awam naik. Jadi tahun ni akan menyebabkan rakyat berjimat cermat.

“Secara tak langsung kalau tiada insentif dari kerajaan ringankan beban kos hidup, rakyat akan marah degan kerajaan dan lagi satu manfaat daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih tidak dirasai rakyat," katanya kepada Sinar Online.

Oleh itu, Mohd Azizuddin mencadangkan agar kerajaan mengawal ketat barangan keperluan rakyat daripada terus naik.

"Lakukan kawalan ke atas barang-barang keperluan, kalau United Kingdom boleh buat kenapa Malaysia tidak boleh, dalam menuju negara berpendapatan tinggi, kena naikkan pendapatan rakyat , khususnya kakitangan awam," katanya.

Tahun 2015 menyaksikan tahun paling perit buat rakyat Malaysia apabila pelbagai siri kenaikkan harga berlaku, walaupun kerajaan membuat pelbagai janji untuk meringankan beban rakyat namun sehingga akhir tahun lalu, rakyat masih merasai beban kos sara hidup yang tinggi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena