Monday, 7 March 2016

Demo anti-Najib tiap negeri bermula bulan ini...Dinamakan Perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia".

Isnin, 7 Mac 2016

Demo anti-Najib tiap negeri bermula bulan ini

Pakatan Harapan juga akan menganjurkan perhimpunan di setiap negeri bermula bulan ini bagi menggembleng sokongan umum bagi menuntut peletakan jawatan perdana menteri.
Dinamakan perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia", ia dirancang untuk memberi pentas kepada semua pihak, termasuk aktivis masyarakat untuk menyatakan perkara itu.
Perkara itu diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan melalui kenyataan hari ini.
Pemimpin pembangkang, NGO dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu mencipta sejarah apabila tampil bersama-sama menuntut pengunduran Najib.
Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung tugas turut serta dalam acara “Selamatkan Malaysia” di ibu negara Jumaat lalu.
Selain itu, Harapan juga berkata isu-isu ekonomi yang menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini.
Ini, katanya, termasuk Isu-isu seperti penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pembiayaan pendidikan yang munasabah serta menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan.
“Oleh itu, Harapan menyeru semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan untuk turun menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan pada 2 April 2016 di Kuala Lumpur bersempena dengan satu tahun rakyat Malaysia dibebankan dengan GST,” katanya.
Presiden parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST dan perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia".
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena