Monday, 7 March 2016

"Syabas, PH benar2 aktif dan buat kerja"...Mat Sabu dilantik Ketuai Himpunan Mansuh GST & Selamatkan Malaysia.

Selasa, 8 Mac 2016

Mat Sabu Dilantik Ketuai Himpunan Mansuh GST & Selamatkan Malaysia


Pakatan Harapan anjur perhimpunan mansuh GST 2 April ini 

Pakatan Harapan percaya isu-isu ekonomi yang mendesak dan menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Menurutnya, isu-isu seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pembiayaan pendidikan yang munasabah, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif perlu terus diperjuangkan. 

Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat supaya menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan di ibu negara pada 2 April nanti. 

"Saudara Mohamad Sabu (Presiden Amanah) telah diberi amanah untuk mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia,"ujarnya dalam sidang media hari ini di Parlimen. 

Ditanya pemberita berkenaan tanggapan pihak pembangkang bergantung pada Mahathir seperti ketika pemeteraian deklarasi anti-Najib lalu, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu yang memerlukan sokongan Pakatan Harapan. 

"Kami juga tidak memalukan imej negara," tegas Azizah lagi menjawab satu soalan pihak media. 

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan. 

"Pengakuan oleh Tun Mahathir ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan. 

"Malah, pengakuan Tun Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya lagi. Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini turut disepakati Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. -Malaysia Dateline

Dicatat oleh 

ulasan:


Tanpa Nama berkata...
Syabas. Inilah yang diharapkan agar Pakatan Harapan benar2 aktif dan buat kerja. Inilah harapan sebenar rakyat jelata dari Perlis sampai ke Sabah sekarang ini. PH satu2nya parti politik harapan semua bangsa ini sangat2 diperlukan memberi pertolongan. Rakyat sedang tenggelam di lautan ganas angkara Najib dan semua yang berdiri teguh di belakangnya sebagai kelasi kapal lanun itu.

Lanun zaman dulu2 hanya sapu licin apa yang dan dia mahu. Kemudian dia pun cabut lari. Entah bila datang lagi. Tapi lanun ini teramat2 ganas. Sudahlah dia sapu habis perbendaharaan negara, dia duduk bermaharaja lela dan buat undang2 celaka sampai jahanam habis negara ini. Ada raja2. Tapi macam tak....

Tuan Doktor Mahathir bolehlah sujud syukur kerana inilah peluang terakhir di hujung2 usia, tuan dapat perbanyakkan amal dan bertaubat. Selalulah menginsafi diri kerana maknusia mana tidak berdosa. Selalulah ingat. Allah itu maha pengampun. Berapa pun dosa kita denganNya pasti diampunkan. Adapun dosa kita sesama maknusia inilah yang paling berat. Perbanyakkan ucapan maaf setulus hatimu wahai Tuan Doktor. Pasti rakyat bertambah hormat dan sayang kepada tuan.

Selamat berjuang Bang Mat. Semoga Allah Taala memberi kesihatan dan kekuatan kepada kekanda kita Bang Mat. Wahai rakyat jelata. Insan ini sungguh berbudi luhur. Beliau sering menderita sakit kerana disepak dan diterajang semata2 hendak memberi bakti membela tuan2 semenjak zaman muda lagi. Tidakkah tuan2 merasa malu depan Allah Taala nanti? Marilah beramai2 menyertai Bang Mat. Ayuhlah. Meriahkan program Pakatan Harapan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena