Saturday 12 January 2019

[Video Datuk & CEO Wanita Dibebas Dengan Jaminan SPRM] Keciannnn, Najib tanya: Telur siapa turun? SPRM reman bekas pengarah yayasan Perlis pula.

Sabtu, 12 Januari 2019
Foto Kami Viral.
Keciannnn

Najib tanya: Telur siapa turun?

Bekas perdana menteri Najib Razak terus giat membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwanya gagal menangani kenaikan harga bahan mentah selepas lapan bulan memerintah.
Antara yang menjadi sasaran Najib ialah harga telur yang dikatakan turun, tetapi hakikatnya, kata beliau, mengalami kenaikan.
Hal itu kata Najib terdedah selepas beliau melawat Pasar Datuk Keramat Ahad lalu.
“Dia (kerajaan) kata telur turun 2 sen. (Harga) Telur turun ke telur siapa turun?” katanya disambut sorakan gamat penyokongnya.
mk.

SPRM reman bekas pengarah yayasan Perlis

Seorang bekas pengarah sebuah yayasan milik kerajaan negeri direman empat hari berhubung salah guna kuasa pembelian dua lot tanah bernilai lebih RM1.8 juta pada 2014 dan 2015.
Majistret Monica Joseph Gaisah membenarkan lelaki berumur 61 tahun itu direman mulai hari ini sehingga Selasa (15 Jan) di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar kerana menghidapi masalah jantung.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, permohonan reman terpaksa dibuat di HTF kerana lelaki berkenaan masih perlu dipantau oleh doktor selepas beliau menjalani pemeriksaan kesihatan malam tadi.
Katanya, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Perlis kira-kira 3.13 petang semalam semasa hadir memberi keterangan berkaitan pembelian dua lot tanah tersebut.
Siasatan awal mendapati lelaki terbabit menggunakan jawatan dan kedudukannya ketika itu bagi membeli dua lot tanah di Mukim Kurong Anai di Perlis bernilai lebih RM1.8 juta tanpa kelulusan anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan.
Menurut sumber itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Tiga hari lepas, seorang pengurus kuari sebuah yayasan milik kerajaan negeri berumur 53 tahun dan seorang broker berumur 51 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes sama.
-- Bernama
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena