Thursday 24 January 2019

[Video Guan Eng ulas bapa disindir ketika kempen di kafe hotel] Tak malu ke BOSS hang bro? Kabinet batalkan projek ECRL bernilai RM81 bilion.

Jumaat, 25 Januari 2019

Akhbar Cina: Kabinet batalkan projek ECRL

Akhbar harian Cina, Sin Chew Daily melaporkan mesyuarat jemaah menteri memutuskan untuk membatalkan projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM81 bilion yang sebelum ini diberikan kepada firma China Communications and Construction Company (CCCC).
Memetik sumber, akhbar itu berkata perkara berkenaan dibincangkan dan diputuskan pada mesyuarat kabinet semalam.
Menurut laporan itu, kerajaan sedang membincangkan bayaran pampasan dengan firma China yang dilantik menjadi kontraktor bagi projek itu.
Malaysiakini menghubungi seorang menteri yang mengesahkan bahawa kabinet memang membincangkan perkara itu, dan berkata urusan lanjut akan ditangani oleh kementerian kewangan.
Semalam, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu sama ada kontrak bagi membina projek ECRL sudah ditamatkan.
Bagaimanapun, beliau juga dilaporkan berkata satu daripada cara kerajaan menangani isu pembinaan ECRL ialah dengan menamatkan kotrak yang diberi kepada syarikat dari China itu.
Tetapi kata perdana menteri apabila ditamatkan kontrak, kerajaan terpaksa membayar pampasan yang bernilai berbillion ringgit.
Jumaat lalu The Edge Markets yang memetik sumber melaporkan kerajaan menamatkan kontrak CCCC bagi membina projek ECRL yang bernilai RM81 bilion.
Akhbar Singapura, The Straits Times, pula melaporkan kerajaan sedang mencari kontraktor lain bagi menyiapkan projek tersebut.
Kerajaan juga dilaporkan mahu mengehadkan kos projek tersebut kepada hanya RM40 bilion selain menggunakan lebih banyak bahan tempatan. Difahamkan CCCC tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan itu.
Malaysiakini.

1 comments:

Rahmah Mohd Rashid said...

siapalah yg ajar amalan tak sihat ni???

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena