Thursday 10 January 2019

[Video Kertas Putih Pertahanan dibentang di Parlimen - Mat Sabu] Pemuda Amanah: Ambil tindakan tegas kpd semua individu yg meluluskan projek ECRL! Mungkin tak ganti Dr M: Apa yang akan terjadi, jadilah - Anwar

Khamis, 10 Januari 2019
Foto Parti Amanah Negara.
*KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL*

*BATALKAN PROJEK ECRL EKORAN LAPORAN WALL STREET JOURNAL*

1. Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan terbaru akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa Kerajaan Barisan Nasional terdahulu telah menganugerahkan kontrak-kontrak infrastruktur bernilai puluhan bilion ringgit kepada negara China dalam meluaskan program OBOR (One Belt One Road) sebagai ganjaran untuk menutup skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan penyelewengan wang negara oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

2. Memetik minit mesyuarat antara pegawai-pegawai China dan Malaysia pada tahun 2016, WSJ melaporkan pegawai Malaysia telah diberitahu oleh pegawai China bahawa kerajaan negara itu akan menggunakan pengaruhnya untuk memastikan negara lain termasuk Amerika Syarikat menggugurkan siasatan ke atas 1MDB. Akhbar antarabangsa itu turut mendakwa pentadbiran Najib Razak telah meluluskan beberapa kontrak berjumlah US$34 bilion (RM140 bilion) kepada syarikat-syarikat China dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas janji berkenaan dibuat.

3. Laporan WSJ tersebut telah mengejutkan rakyat kerana ini jelas menunjukkan wang rakyat telah disalah guna untuk menutup kepincangan kerajaan yang lalu. Justeru, Kerajaan Pakatan Harapan digesa untuk menyiasat dan mengesahkan laporan WSJ dengan segera, kerana perkara ini adalah berkaitan dengan imej dan kedaulatan negara. Dalam masa yang sama, Pemuda AMANAH juga berharap agar segala perbincangan dengan Kerajaan China berkaitan dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diberhentikan sementara sehingga penyiasatan ini selesai.

4. Sekiranya dakwaan WSJ didapati benar, projek ECRL harus dibatalkan serta-merta kerana kontrak berkenaan mengandungi unsur penyelewengan dan penipuan, serta telah dianugerahkan dengan tidak adil. Pemuda AMANAH berpendapat bahawa adalah lebih adil jika projek ECRL dibatalkan secara menyeluruh kerana ia tidak menguntungkan rakyat negara ini dan juga tidak berdaya maju. Pandangan ini selari dengan kenyataan pakar ekonomi Prof Dr Jomo Sundaram sebelum ini.

5. Selain projek ECRL, diharapkan agar pihak kerajaan menyiasat semula semua projek yang melibatkan kerajaan China atau syarikat-syarikat negara itu di Malaysia, khususnya projek yang dianugerahkan oleh pentadbiran Najib Razak dalam tempoh beberapa tahun yang lepas. Mana-mana projek yang mengandungi unsur penyelewengan dan merugikan rakyat juga harus dibatalkan.

6. Pemuda AMANAH juga berharap agar tindakan yang tegas diambil terhadap semua individu yang terlibat dalam meluluskan projek-projek berkenaan, termasuk Najib Razak, mantan menteri kabinet yang terlibat serta pegawai yang terlibat sekiranya didapati bersalah. Ini adalah penting untuk memastikan unsur kleptokrasi seperti ini tidak berulang pada masa hadapan dan keluhuran undang-undang ditegakkan. Bekas-bekas menteri kabinet seharusnya lebih bertanggungjawab untuk menjawab isu ini kepada rakyat dan bukannya melepaskan diri beralasankan urusniaga dengan negara China tidak pernah dimaklumkan kepada kabinet sedangkan peranan kerajaan China melindungi kepentingan 1MDB telah didedahkan sejak di zaman pentadbiran Barisan Nasional dahulu. 

*FAIZ FADZIL*

TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH
ADUN PERMATANG PASIR

9 JANUARI 2019
 — dengan Faiz Fadzil.

Mungkin tak ganti Dr M: Apa yang akan terjadi, jadilah - Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak gusar berkenaan kemungkinan beliau sekali lagi tidak menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
"Usia saya 71 tahun, saya sudah diseksa dan kemudian diseksa lagi (dua kali dipenjara), jadi saya tidak terlalu risau tentang masa depan.
"Saya tahu orang fikir ahli politik tidak bermaksud (apabila mengatakannya), tetapi saya berkata benar. Que Sera Sera (apa yang akan terjadi, jadilah)," katanya ketika diwawancara akhbar India The Hindu.
"Saya beritahu mereka bahawa demi negara, kita perlu pandang ke depan. Azizah komited, dan teruskan dengan kempen. Masalah yang dihadapi negara lebih runcing berbanding masalah saya.
"Dipenjara, kurungan terasing, diserang (bekas) ketua polis, aib oleh dakwaan seksual dan khianat memang amat sukar, tetapi akhirnya kita menang. Walaupun dengan wang, kehakiman yang perlu kita hadapi, tiada siapa boleh lawan kehendak rakyat," katanya lagi.
Kata Anwar, beliau tidak menyesal bekerjasama dengan Mahathir tetapi mengakui ada beberapa kebimbangan.
"Tidak (menyesal), kerana kita berjaya tumbangkan regim korup dan kini mengendalikan masalah kewangan besar yang mereka tinggalkan. Mahathir juga mengumumkan program agenda yang utama.
"Tentulah ada kerisauan di kalangan penyokong kita yang lebih muda, termasuk anak saya (Nurul Izzah) yang melepaskan jawatan parti kerana kekecewaan, dan kita perlu akui rakyat ada jangkaan yang tinggi terhadap kerajaan kita.
"Pemakzulan Yang di-Pertuan Agong, walaupun ia isu berlainan, juga di saat yang menunjukkan kerajaan seolah-olah dalam masalah. Tetapi kredit untuk Mahathir, beliau telah tunjukkan hala tuju yang jelas untuk kerajaan," katanya.
Ditanya berkenaan tarikh untuk Mahathir menyerahkan kedudukan itu kepadanya, Anwar berkata mereka berdua setuju tempohnya tidak melebihi dua tahun.
"Tapi saya kata penting untuk kita tak umumkan tarikh. Kami mahu Mahathir mentadbir negara secara efektif dan dengan sokongan penuh... Kami perlu bersatu dan tumpu kepada masalah ekonomi yang serius," katanya lagi.
Anwar sekali lagi mengakui bahawa keputusan untuk bekerjasama dengan Mahathir - dahulu musuh ketatnya - ketika PRU adalah sesuatu yang sukar dan menyakitkan.
"Saya bukan hipokrit, dan saya katakan ia satu keputusan sukar dan menyakitkan, juga kepada isteri saya (Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan anak-anak yang begitu menderita.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena