Saturday 12 January 2019

[Video PRK P078 Kejutan Kayveas MyPPP: 'Saya penyokong Dr M dan Anwar'] Tok Mat, Tok Mat! Lepas 60 tahun baru perasan agaknya Malaysia ada orang Asli Kahkahkah! PH mampu tawan Pahang PRU15 jika menang di Cameron Highlands.

Ahad, 13 Januari 2019
Foto Pakatan Harapan Supporters.
Jika menang, calon BN akan jadi Ahli Parlimen Orang Asli pertama - Astro Awani.
Lepas 60 tahun baru perasan agaknya Malaysia ada orang Asli. Itu pun sedar lepas kena 'pelempang' dgn rakyat sampai hilang kuasa. Kahkahkahkahkah

PH mampu tawan Pahang PRU15 jika menang di Cameron Highlands

Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang bakal berlangsung pada 26 Januari nanti akan membuka peluang untuk gabungan itu merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, jika calon PH M Manogaran dari DAP berjaya merampas kerusi tradisi MIC itu, kemungkinan besar Kerajaan Negeri Pahang yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) tumbang dalam PRU empat tahun lagi.
“Tidak mudah untuk menawan Kerajaan Negeri Pahang, tetapi, ia mampu dilakukan seperti mana tidak mudah menawan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya namun Pakatan Harapan berjaya melakukannya.
“Justeru itu, PRK Cameron Highlands adalah tirai pembuka kepada pertempuran hebat untuk merampas kuasa pentadbiran negeri Pahang pada PRU seterusnya yang bakal berlangsung dalam tempoh empat tahun akan datang,” kata dalam kenyataan, hari ini.
Manogaran bakal berdepan calon BN iaitu bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor, yang merupakan Orang Asli beragama Islam dari suku Semai dan Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas.
Bagi sesetengah pihak, kata Kit Siang, UMNO tidak mungkin akan tewas di Pahang, namun perkara sama diperkatakan mengenai PRU14 yang menyaksikan parti itu tewas di peringkat Persekutuan.
“Namun hanya lapan bulan lalu, adalah sesuatu yang tidak diduga yang UMNO akan hilang kuasa di peringkat Persekutuan dan jawatan Perdana Menteri, namun kedua-dua peristiwa itu berlaku,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena