Tuesday, 12 March 2019

[LIVE: Sidang Dewan Rakyat, Selasa 12 Mac 2019 (Petang)] RANTAU-Calon PH tidak besar macam calon BN.

Selasa, 12 Mac 2019

KiniTV
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram dipilih bertanding semula pada PRK tersebut berikutan dinafikan hak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata beliau berpegang kepada prinsip keadilan iaitu calon yang layak harus dibenarkan bertanding untuk menjadi wakil rakyat. “Kita dapati bahawa calon dulu adalah orang tertentu kerana penipuan maka dia kalah. Sekarang didapati (keputusan) PRU di kawasan itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapa sebenarnya yang patut jadi wakil rakyat di situ. Jadi orang yang lama diletakkan di situ. "Kita pegang kepada prinsip, takkan dia lawan dengan bekas Menteri Besar, calon PH tidak besar macam calon BN. Kita terpaksa juga letak calon yang lama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Calon PH tidak besar macam calon BN

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram dipilih bertanding semula pada PRK tersebut berikutan dinafikan hak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata beliau berpegang kepada prinsip keadilan iaitu calon yang layak harus dibenarkan bertanding untuk menjadi wakil rakyat.
“Kita dapati bahawa calon dulu adalah orang tertentu kerana penipuan maka dia kalah. Sekarang didapati (keputusan) PRU di kawasan itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapa sebenarnya yang patut jadi wakil rakyat di situ. Jadi orang yang lama diletakkan di situ.
"Kita pegang kepada prinsip, takkan dia lawan dengan bekas Menteri Besar, calon PH tidak besar macam calon BN. Kita terpaksa juga letak calon yang lama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Dr Streram gagal menjelaskan hutang berkaitan dengan PRK Rantau, Dr Mahathir berkata selagi calon tidak bankrap mereka dibenarkan untuk bertanding meskipun mempunyai hutang.
"Kalau calon itu melanggar undang-undang dan tidak layak jadi calon, kita tidak akan letak dia. Tetapi setakat yang kita tahu walaupun ada hutang dia masih boleh jadi calon, lainlah kalau bankrap,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena