Friday 1 March 2019

[Video SPRM panggil Mursyidul Am, Exco PAS & Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j] Nasrudin, Nasrudin hang kata cek palsu? 'Siasatan' Rafizi dapati akaun bayar RM1.4j milik bos GLC & Adakah agen berkenaan adalah orang sama dengan Pengerusi KTMB?

Jumaat, 1 Mac 2019

Image may contain: 1 person, outdoor

Nasrudin: Akaun pada cek RM1.4 juta palsu

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendakwa menafikan gambar cek dan nombor akaun yang dikatakan sebagai bayaran RM1.4 juta yang dibuat PAS.
"Kelmarin ditularkan gambar cek dan nombor akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta.
"Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer(memindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Malaysiakini.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: teks
Tiada penerangan foto disediakan.
TERIMA KASIH SDR RAFIZI
Siasatan secara sura rela yang dilakukan oleh Rafizi Ramli sudah menemui empunya chek yang diguna membayar RM1.422 kepada Clare bagi pihak Pas atau Abdul Hadi Awang.
Terima kasih dan tahniah kepada Rafizi yang menemui agen tersebut.
Dan jika agen berkenaan adalah orang sama dengan Pengerusi KTMB sila angkat tangan, sebab orang ramai nak kenal. Kini kita nak kenal siapakah bertanggungjawab melantik Pengerusi KTBM itu. Trims.

'Siasatan' Rafizi dapati akaun bayar RM1.4j milik bos GLC

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengambil langkah menyiasat kenyataan bertentangan tentang dakwaan bayaran RM1.4 juta oleh PAS kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Menerusi hantaran Facebook hari ini, Rafizi memperincikan bagaimana beliau 'menyelesaikan' pertikaian itu.
Beliau berkata nombor akaun Bank Islam sebanyak sepuluh angka yang dinyatakan dalam surat sulit yang diterbitkan Rewcastle-Brown pagi ini adalah sebahagian daripada nombor akaun 14 angka.
Menurutnya, beliau mengenal pasti keseluruhan nombor akaun dengan membuat perbandingan dengan nombor akaun di cek Bank Islam yang lain.
Selepas mendapat nombor akaun yang betul, beliau mendakwa berjaya memindahkan RM10 ke dalam akaun tersebut.
Rafizi turut menamakan pemilik akaun itu. Malaysiakini mendapati individu itu adalah pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Malaysiakini sedang cuba menghubungi individu itu, yang disifatkan sebagai kawan lama Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Hari ini Rewcastle-Brown mengesahkan Hadi membayarnya RM1.4 juta untuk menyelesaikan saman fitnah yang difailnya di London.
Susulan itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan berkata akaun Bank Islam yang dikatakan digunakan untuk memindahkan wang itu adalah palsu.
"Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer (memindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud," katanya.
Bagaimanapun peguam Rewcastle-Brown, Americk Sidhu memberitahu Malaysiakinibahawa cek itu ditulis di depannya dan ia telah dijelaskan ke akaun editor Sarawak Report tersebut.
Hadi memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown berhubung artikel yang diterbitkan di Sarawak Report yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Umno ketika dipimpin Najib Razak, sebagai pertukaran kepada sokongan parti itu ketika PRU lalu.
Awal bulan ini, kedua-dua pihak setuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.
Najib dan PAS berulang kali menafikan dakwaan berkenaan RM90 juta yang kini sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

Mari Kunjungin Segera Website kami :
www(titik)bolavita(titik)vip
www(titik)sateayam(titik)club
www(titik)pokervita(titik)live

Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
WA : +628122222995
Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena