Friday 1 March 2019

[Video Dia bossku, aku boss! Siap Najib tak lama lagi dah] Majlis Menandatangani Cek RM1.4 juta & Adakah akaun itu milik Rameli Musa Pengerusi KTMB? Rafizi: Saya telah dimaki secara berjemaah oleh penyokong2 PAS sejak pagi tadi! Najib pulak gagal dalam cubaan singkirkan Sri Ram. Husss semangat.

Jumaat, 1 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, meja dan dalaman
Majlis menandatangani cek...
Muhammad Shahiruddin  Mana pergi ahli2 pas yang menghina kami dan memanggil kami sebagai pengkhianat, geng2 harum manis, khadam DAP ketika kami meninggalkan Pas satu ketika dahulu..Allah Maha Mengetahui..
Sekarang satu persatu salah laku yang dikaitkan dengan pemimpin Pas sedang dibogelkan..sekarang ni siapa yang bergelar pengkhianat kepada agenda perjuangan parti..maseh kah anda terus mempercayai kepimpinan Pas hari ini?
Kita tinggal kan parti bukan sebab kita mengkhianati agenda perjuangan parti tapi kita menghukum pemimpin yang ghairah mengkhianati agenda perjuangan parti..
Mereka lebih rela menjadi penyelamat kepada Ummo daripada memperjuangkan agenda perjuangan parti pas...kami sudah buat pilihan anda bila lagi..ayuh lah saudara saudari kita hukum pemimpin yang mengkhianat perjuangan parti..
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
14032 + 9010001388 =14032010001388 Rameli bin Musa... Chairman KTMB?
Mohd Izur INI BUKTINYA AKAUN YANG MEMBAYAR RM1.4 JUTA WUJUD DAN SIAPA YANG TOLONG BAYARKAN
1. Saya telah dimaki secara berjemaah oleh penyokong-penyokong PAS sejak pagi tadi kerana memberi ulasan mengenai pendedahan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang te
lah membayar Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.4 juta untuk membolehkan beliau (Hadi Awang) menarik balik saman di mahkamah UK.
2. Saya dituduh menyebarkan fitnah kerana penyokong-penyokong PAS ini memberikan hujah bahawa nombor akaun Bank Islam yang terkandung di dalam perjanjian yang mengesahkan pembayaran (iaitu akaun Bank Islam bernombor 9010001388) itu dikatakan nombor akaun palsu.
3. Penyokong-penyokong PAS telah cuba memindahkan wang ke akaun Bank Islam bernombor 9010001388 ini untuk mengesahkan akaun itu wujud. Cubaan itu gagal kerana akaun Bank Islam mempunyai 14 digit dan nombor yang dimasukkan ke dalam perjanjian itu hanya ada 10 digit.
4. Lalu mereka (penyokong-penyokong PAS) telah menyebarkan komen-komen bahawa ini satu lagi penipuan terancang untuk memfitnah presiden dan parti mereka. 
5. Mereka juga menindakkan kononnya pembayaran itu tidak pernah berlaku.
6. Saya pun mengambil keputusan untuk membuat sedikit penyelidikan mudah untuk mengesahkan nombor akaun itu benar-benar wujud. Saya tahu bahawa nombor 10 digit yang terkandung di dalam perjanjian itu hanyalah sebahagian dari nombor akaun penuh 14 digit.
7. Saya bermula dengan mengenal pasti corak nombor akaun 14 digit dari cek-cek Bank Islam yang ada di internet. Saya mengamati 3 cek iaitu dari akaun-akaunTetuan LC Signature, Tetuan Yayasan Taqwa dan Tetuan Sabasun, seperti yang ditunjukkan di bawah:
8. Saya mendapati ada pola khusus iaitu cek-cek dan akaun nombor Bank Islam mempunyai susunan “40”, diikuti dengan nombor 5 digit dan diakhiri dengan nombor 10 digit (lihat di kaki cek). Nombor 10 digit itu semuanya bermula dengan digit “9”, sama dengan kod “40” yang berulang-ulang.
9. Ini memberi gambaran bahawa digit “40” dan digit “9” adalah kod pengenalan yang bukan menjadi sebahagian dari nombor akaun 14 digit itu.
10. Saya juga menyemak nombor-nombor akaun Bank Islam yang sah dan mendapati banyak yang bermula dengan 14XXX.
11. Lalu saya menyimpulkan bahawa digit-digit “40” dan “9” adalah kod pengenalan dan nombor akaun sebenar ialah 5 digit bermula “14XXX” diikuti dengan 9 digit yang berkepalakan angka 9.
12. Ini bermakna nombor akaun bagi Tetuan Yayasan Taqwa adalah 14023010039425 dan nombor akaun individu yang membayar RM1.4 juta bagi pihak Dato’ Seri Hadi Awang ini ialah 14032010001388.
13. Seterusnya, saya memindahkan wang RM10 ke akaun Bank Islam Tetuan Yayasan Taqwa untuk mengesahkan bahawa kesimpulan saya mengenai peraturan kod akaun Bank Islam adalah betul.
14. Sistem CIMBClicks mengesahkan bahawa akaun Tetuan Yayasan Taqwa memang bernombor 14023010039425. Ini membuktikan bahawa teori saya mengenai peraturan kod akaun Bank Islam adalah betul.
15. Saya seterusnya memindahkan RM10 ke akaun bernombor 14032010001388 yang dinamakan di dalam perjanjian antara Clare Rewcastle Brown dan Dato’ Seri Hadi Awang.
16. Akaun itu wujud di bawah nama Rameli Musa dan pindahan wang RM10 itu lepas.
17. Ini mengesahkan bahawa akaun yang dinamakan itu wujud, sumber wang untuk RM1.4 juta itu juga wujud. 
18. Tokoh yang ceknya dan akaunnya digunakan untuk membayar RM1.4 juta juga wujud.
19. Saya berharap penyokong-penyokong PAS dan pembangkang berhenti dari memaki hamun dan menerima hakikat bahawa presiden mereka telah membayar Clare Rewcastle Brown untuk tidak meneruskan perbicaraan.
~Rafizi Ramli~

Najib gagal dalam cubaan singkirkan Sri Ram

Bekas perdana menteri Najib Razak gagal dalam permohonannya untuk menyingkirkan bekas hakim Mahkamah Rayuan Gopal Sri Ram daripada menerajui pasukan pendakwaan dalam kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB.
Penghakiman dibacakan oleh hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah berdasarkan hujahan peguam Najib dan pendakwaan.
Berikutan keputusan itu, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan.
Justeru, Shafee memberitahu pemberita kemudiannya, bahawa beliau memohon mahkamah supaya menangguhkan perbicaraan berkaitan 1MDB Najib sementara menunggu rayuan itu didengar.
Najib memohon mahkamah supaya membatalkan kelayakan Sri Ram, yang dilantik oleh Peguam Negara Tommy Thomas sebagai timbalan pendakwa raya untuk menerajui pasukan pendakwaan terhadapnya.
Beliau diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Shafee Abdullah manakala pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Akram Gharib.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

Mari Kunjungin Segera Website kami :
www(titik)bolavita(titik)vip
www(titik)sateayam(titik)club
www(titik)pokervita(titik)live

Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
WA : +628122222995
Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena