Monday 4 March 2019

[Video Aksi TPM guna bahasa isyarat nyanyi lagu Negaraku] Mira minta PM bawa Anwar masuk kabinet & MCA, MIC tinjau pakatan baharu.

Isnin, 4 Mac 2019

Mira minta PM bawa Anwar masuk kabinet

Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) hari ini menggesa Dr Mahathir Mohamad merombak kabinet supaya Anwar Ibrahim boleh dibawa masuk sekali gus mengatasi isu kabinet yang dianggap lesu.
Setiausaha Agung Mira, R Kannan, berkata dengan adanya Anwar dalam kabinet Mahathir, presiden PKR itu boleh diberikan peranan khusus membantu kerajaan.
"Kami percaya, Anwar perlu segera dibawa masuk menyertai kabinet selepas PH makin hebat dikritik oleh rakyat.
"PKR merupakan parti komponen terbesar dalam PH, maka presidennya perlu dibawa masuk," katanya kepada Malaysiakini.

MCA, MIC tinjau pakatan baru

MCA dan MIC berkemungkinan akan meninggalan BN dan meninjau menyertai pakatan baru.
Ini berikutan sikap "terus membisu" Umno mengenai kenyataan perkauman daripada parti itu, termasuk daripada setiausaha agung BN Nazri Abdul Aziz.
"Justeru, MCA dan MIC dibiarkan tanpa pilihan tetapi untuk meneruskan usaha meninjau menyertai pakatan baru yang mengambarkan niat sebenar perpaduan dalam kepelbagaian,” kata kedua-dua parti dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC SA Vigneswaran.
Walau bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut secara langsung akan meninggalkan BN.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena