Monday 4 March 2019

[Video Saya Mengalukan Umno dan Pas Guna 1 Logo] PH & UMNO bersaing menambah kerusi, PAS ISTIQOMAH SEBAGAI TUKANG PACAK BENDERA! Inilah kebijaksanaan Umno memperkudakan Pas.

Isnin, 4 Mac 2019
No photo description available.
TS
PASCA PRU14, PH DAN UMNO BERSAING UNTUK MENAMBAH KERUSI, PAS TETAP ISTIQOMAH SEBAGAI TUKANG PACAK BENDERA
Terlebih dahulu saya ucap tahniah kepada Umno/Bn yang baru sahaja menang di Semenyih dan berjaya merampas Kerusi tersebut dari PH.
PH masih mendahului di dalam beberapa PRK selepas PRU14, iaitu di Sg Kandis, Balakong, Seri Setia dan Parlimen Port Dickson. Manakala Umno/Bn menang di Cameron Highland dan di Semenyih semalam. Pas yang menjadi rakan Umno/Bn tetap istiqomah dengan Kerusi yang ada setakat ini. Di Selangor, Umno menambah satu Kerusi dan Pas masih kekal sebutir Kerusi.
Jelas bahawa Pas akhirnya setuju dengan kaedah politik di negara ini bahawa mana-mana parti politik tidak boleh menjadi 'kera sumbang'. Selepas Pas menarik diri dari PR dulu, Pas sering mendakwa partinya kuat dan gagah bersendirian. Pas pernah menyatakan bahawa partinya hanya akan bergabung dengan mana-mana parti asalkan Pas mendominasi. Pas keluar dari PR kerana Pas merasakan partinya tidak boleh menguasai PR. Pas mahu "lead" bukan sekadar jadi tukang sorak atau balaci pacak bendera.
Adakah benar Pas kuat bersendirian? Jawapannya kita boleh lihat di dalam PRU14 yang lalu, ditambah pula dengan beberapa keputusan PRK selepas PRU14. Setakat ini, Umno/Bn ternyata meraih untung apabila Pas akhirnya tunduk kepada hakikat bahawa Pas terlalu lemah bersendirian. Pas tidak mampu "lead" apabila bergabung dengan Umno/Bn. Pas terpaksa menerima kenyataan bahawa parti tersebut hanya menjadi balaci tukang sorak dan tukang pacak bendera Bn. Pas menjilat kahaknya kembali.
Di PRK Rantau nanti, sekali lagi Pas umumkan partinya tidak bertanding dan serahkan kepada Umno/Bn. Peluang lagi untuk Umno.
Umno merasakan di Rantau nanti partinya tetap akan menang selagi Pas sanggup menjadi tukang sorak dan pemacak bendera. Di sini aku puji kebijaksanaan Umno memperkudakan Pas.
Buat PH pula, PRK Rantau adalah medan untuk menjatuhkan pemangku Presiden Umno. Kalau Mat Hassan berjaya PH tumbangkan, Umno akan dapat malu besar. Ini cabaran dan tugas besar kepada PH, khususmya Keadilan.
Jika Umno/Bn berjaya merampas Kerusi PH di Semenyih iaitu di negeri yang PH perintah, apakah PH tidak mampu lakukan di Rantau yang juga di dalam negeri yang PH perintah?
Di Rantau, jangan ulangi kesilapan meletak calon. Kalau di Semenyih, calonnya adalah menantu kepada Wakil Rakyat yang lalu yang telah meninggal dunia, di Rantau nanti jangan ada calon yang disenaraikan itu terdiri dari laki bini.
Saya yakin di Rantau kita mampu menumbangkan pemangku Presiden Umno tersebut sekaligus merampas Kerusi Dun Rantau dari Umno/Bn.
Apa pun keputusannya nanti, yang dapat untung adalah samada PH atau Umno/Bn. Pas tetap dengan jumlah Kerusi yang parti tersebut miliki. Tidak bertambah satu pun. Istiqomah.
WFAUZDIN NS

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena