Sunday 3 March 2019

[Video Angkat Anwar jadi PM secepat mungkin] SUBKY! Kenapa Anwar yang perlu BERWUDHUK sedangkan HADI YANG TERKENTUT?

Isnin, 4 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
MENJAWAB SUBKY LATIF - KENAPA ANWAR YANG PERLU "BERWUDHUK" SEDANGKAN HADI YANG 'TERKENTUT"?
Saya terbaca kenyataan veteren Pas, Subky Latif seperti yang dipetik melalui Malaysiakini. Beliau menasihatkan Anwar berwudhuk apabila merasa marah. Beliau mengulangi bahawa Pas memang tidak pernah setuju Anwar jadi PM, Justeru itu, Hadi Awang sanggup luahkan kononnya menyokong Tun M menjadi PM sehingga PRU15.
Tentang Pas tidak pernah menyokong Anwar menjadi PM itu saya rasa Subky sudah terlalu tua mungkin lebih tua dari Tun M kerana penyakit lupa dan 'nyanyuk'nya semakin ketara. Dia terlupa sewaktu Pas di era Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Pas pernah berkempen dan mengistiharkan sekiranya Pembangkang waktu itu berjaya menjadi kerajaan, Anwar adalah calon PM. Ini diakui sendiri oleh Mat Sabu dan ramai pimpinan Pas yang lain. Masakan Subky terlupa kerana waktu itu beliau amat aktif di pentas Pas.
Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga sering menyebut tentang kehebatan Anwar dan menyokongnya sebagai PM. Pas mula tidak menerima Anwar setelah kematian Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Pas hanya mahu menumpang tuah dan kehebatan Anwar bagi keuntungan partinya semata-mata. Daripada parti yang sinonim hilang deposit di dalam pilihanraya, Pas menjadi parti yang kuat dan dapat memerintah Terengganu, Kedah, Perak dan mengekalkan Kelantan apabila tercetusnya reformasi yang dibawa oleh Anwar. Pemimpin-pemimpin Pas dapat merasa kemewahan menjadi Wakil Rakyat dan Exco bahkan menjadi Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa GLC di Selangor kerana berkat perjuangan reformasi yang dibawa oleh Anwar. Setelah pemergian Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Pas bukan sahaja menolak Anwar bahkan rakan sekutu dalam PR iaitu Dap pun Pas jadikan musuh. Akhirnya kesemua rakan di dalam PR ditinggalkan oleh Pas kerana sudah mula tertarik dengan Umno.
Apabila dahulu kita menyebut Pas ingin membentuk "UG" dengan Umno, pemimpin-pemimpin Pas menafikannya bahkan Ustaz Tuan Ibrahim sebut sekiranya Pas bergabung dengan Umno, lebih baik Pas dibubarkan. Mereka kata, Pas lebih lama kenal Umno, mustahil Pas akan bergabung dengan Umno. Pas rela bersendirian kerana Pas ada kekuatan tersendiri. Pas bukan gila kuasa dan bermacam-macam lagi hujah Pas untuk menunjukkan bahawa Pas istiqomah melawan Umno. Sekarang apa yang berlaku? Siapa boleh menafikan UG ? Adakah Pas telah dibubarkan sepertimana kata Ustaz Tuan Ibrahim? Bahkan Pas sekarang tengah memikirkan untuk menggunakan satu logo dengan Umno bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Subky Latif kenal Anwar begitu lama iaitu dari beliau muda hinggalah kini Subky Latif jadi seperti 'nyanyuk', pernahkan beliau melihat Anwar menghentam Pas seperti sekarang? Sewaktu Anwar di dalam Umno dulu pun Anwar tidak bertindak seperti sekarang. Sewaktu Anwar memimpin PR, Anwar langsung tidak mengusik Pas walaupun kerapkali pemimpin Pas mengata kepada beliau. Apabila Pas merampas Kerusi Keadilan seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat PR atas alasan calon Keadilan terlibat dengan fahaman Komunis dan edar pil kuda, Anwar diam dan membiarkan tuduhan tersebut meskipun sampai sekarang Hadi gagal tunjukkan bukti atas fitnahnya itu. Hadi pernah memperlekehkan isteri Anwar, Kak Wan yang ketika itu Presiden Keadilan iaitu setaraf dengan jawatan Hadi apabila Hadi menolak Kak Wan menjadi MB Selangor atas alasan Kak Wan tidak layak menjadi MB. Ada Anwar membalasnya? Bukankah pada PRU13 dulu, Hadi rela mengangkat Ku Li (Umno) untuk menjadi PM sekiranya PR berjaya ke Putrajaya? Masuk akalkah? PR bertungkus lumus melawan Umno, apabila menang menjadi kerajaan kita mahu angkat pemimpin Umno untuk menjadi PM? Gila sungguh.
Semenjak bila Anwar mula hilang sabar dengan Pas terutamanya dengan perangai Hadi? Ia bermula apabila Hadi bertemu Tun M dan selepas pertemuan itu Hadi menyatakan sokongan kepada Tun M atas alasan ada pihak di dalam PH ingin menjatuhkan Tun M di dalam undi tidak percaya. Lebih menjadikan Anwar terpaksa mempertahankan dirinya apabila secara terang Pas menyatakan Anwar adalah dalang untuk menjatuhkan Tun M. Sudah tentu dan wajar Anwar merasa marah kerana fitnah terhadapnya semakin melampau. Bukan mudah Anwar untuk berbaik dengan Tun M, tetapi masing-masing memikirkan tentang negara maka kedua tokoh hebat ini berbaik dan bersatu semula. Sepatutnya Hadi sebagai Ulamak kononnya, dia lah orang yang paling gembira apabila dua insan yang berpuluh tahun ini bergaduh kemudiannya berbaik semula. Bukankah Islam menyuruh kita mendamaikan dua pihak yang berselisih faham atau bergaduh?
Malangnya Hadi tidak bersikap seorang Ulamak. Dia risau sekiranya Anwar dan Tun M berbaik, maka PH akan menjadi lebih kuat lagi Lebih Pas risau adalah sekiranya Anwar diangkat menjadi PM, maka Umno dan Pas akan perlahan-lahan masuk kubur sendiri. Mereka tahu kelebihan Anwar sewaktu Anwar berada di dalam Umno lagi. Pas yang awalnya agak berpengaruh tetapi menjadi jatuh merudum sewaktu Anwar menyertai Umno. Banyak program dan dasar kerajaan berbentuk Islamik telah dijayakan oleh Anwar waktu itu. Pas boleh bayangkan jika Anwar menjadi PM, sudah pasti Pas akan menjadi sejadah buruk.
Anwar melawan Pas sekarang ini kerana bersebab. Selain dari fitnah Pas terhadapnya, Anwar ingin membetulkan penipuan Hadi kepada para penyokongnya berkaitan wang RM 1.4 Juta yang dibayar untuk menyelesaikan kes saman terhadap Claire. Sehingga kini Hadi gagal menjawab tuduhan dan cabaran Anwar, kecuali pengampu-pengampu Hadi sahaja yang berkokok mepertahankan Presiden mereka. Akhirnya mereka menuduh Anwar terlibat menguruskan pembayaran tersebut melalui seseorang yang dikatakan kawan baik Anwar. Fitnah ini bukan sahaja jahat tetapi menunjukkan kebodohan. Perlu apa Anwar membayar wang sebanyak itu hanya untuk selesaikan masalah Hadi? Parti Keadilan sendiri sampai ikat perut untuk mencari dana.
Cukup-cukuplah Subky mencium 'kentut' Hadi. Kamu orang lama di dalam parti dan tidak patut diperbodohkan semudah itu oleh Hadi. Kamu yang selalu mencium 'kentut' Hadi sepatutnya kamu menasihati Hadi agar mengambil wudhuk semula kerana 'kentut' itu membatalkan wudhuk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena