Tuesday 12 March 2019

[Video Annuar, Azmin saling menyindir " Dah 20 tahun, baru pagi ni nak sokong PD"] Kenapa Najib nak halang orang bercakap pasal kes mahkamah dia?

Selasa, 12 Mac 2019
KiniTV
Kehangatan Dewan Rakyat pagi ini dihangatkan dengan sindir menyindir di antara Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali. Annuar sebelum itu membangkitkan persoalan mengapa Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dilantik ke dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) dan Azmin secara sinis memperli Annuar dengan berkata setelah 20 tahun baru hendak menyokong Anwar sedangkan selama ini kuat menyerang Presiden PKR itu.
「Gambar Najib di mahkamah」的圖片搜尋結果
Kenapa nak halang orang bercakap pasal kes mahkamah dia?


Najib mahu mahkamah beri arahan kepada orang awam mengenai kesnya

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memohon Mahkamah Rayuan memberi arahan kepada orang awam dan media mengenai apa yang boleh dan dilarang untuk dibincang serta diterbitkan berhubung merit kes jenayah yang dihadapinya.
Kes jenayah itu membabitkan tujuh tuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.
Sementara itu, Peguam Negara, Tommy Thomas dalam hujahannya, berkata, alasan penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi ketika menolak rayuan Najib hendaklah dibaca secara keseluruhan.
Tommy berkata, pendakwaan menegaskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesalahan ketika membuat keputusan, oleh itu tiada alasan bagi Mahkamah Rayuan untuk campur tangan.
“Akhirnya ia adalah tugas kami untuk mempertahankan alasan penghakiman ini,” katanya.
Pada 4 Julai tahun lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC.
Beliau kemudian didakwa dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana sama.
Prosiding di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan bersambung esok.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena