Wednesday 6 March 2019

[Video Azmin ingatkan Najib pasal MAS] Kenapa Rameli Bayar RM1.422 Juta Kepada Claire? Kesian kat Rameli, ingat nak tolong PAS dapat la pahala, tapi dapat bala disiasat SPRM! Isteri Rameli: Tak ada khabar, simpati dari orang yang ditolong! Hadi ke?

Rabu, 6 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Revolusi Anak Muda Malaysia
Kenapa Rameli Bayar RM1.422 Juta Kepada Claire Dan Kenapa SPRM Panggil Rameli
"Mula-mula kata 90juta, lepas tu 2.5juta, Skang ni 1.4juta . PH ni tak habis2 nak fitnah PAS"
Kalau anda bersetuju dengan quote di atas, saya cadangkan ada tidak meneruskan pembacaan jadi ia tidak akan insult your own inteligent. Anda juga tidak akan menambah dosa dengan mencaci maki saya atau pun cuba mengkafir kan saya.
Cerita kenapa Rameli yang bayar 1.422 Juta pada Claire melalui Americk dan bukan dari mana-mana akaun PAS. Isu dia mudah dan kita kena berbalik semula pada pertuduhan terhadap DS Rosmah. Rosmah kena 17 pertuduhan yang mana 1-12 ialah pengubahan wang haram dan 13-17 ialah lari dari cukai pendapatan.
Mula-mula PAS hendak bayar settlement mahkamah tersebut dengan duit tunai baca seperti petikan di bawah oleh SR
"Eventually, Hadi and his advisors in PAS agreed with Sarawak Report on terms that included this payment, at which point the intermediary, a lawyer and another PAS supporter visited SR’s KL lawyer on January 24th to finalise the terms.
The intermediaries indicated that the party wished to pay the sum in CASH the following week. However, Sarawak Report’s lawyer refused a cash payment and accepted instead a post-dated cheque for January 31st from one of the intermediaries (who wanted time to recoup the money from PAS, which has been funding Hadi’s case). "
Tapi Americk Sidhu menolak untuk menerima bayaran secara tunai dan hanya menerima cek dari PAS. Cuba tuan-tuan bayangkan kalau Clare/Americk terima duit tunai dari PAS apa yang akan jadi?
1) Americk boleh di siasat atas akta pengubalan wang haram seperti Rosmah sebab terima duit 1.4 juta cash masuk kedalam account dia. Dan Americk mmg terpaksa masuk ker dalam account dia sendiri sebab Account Clare di UK adalah dengan Barclays bank
2) Americk akan ada masalah dengan wire Transfer dari MBB ker Barclays, obiviously 1.4 M akan di flag oleh bank negara.
Jadi PAS ingat dengan mengunakan Rameli sebagai Ahli perniagaan yang ada banyak aset/duit mungkin dia boleh lepas begitu sahaja. Ada kebarangkalian yang kemungkinan besar sama ada PAS bank in duit cash tersebut pada Rameli untuk di hantar pada Americk atau pun Rameli loankan/upfront kan duit tersebut bagi pihak PAS kepada SR. Kedua-dua outcome dari situasi ini adalah tidak baik bagi pihak PAS.
Analogi dia macam awak belanja perempuan lain minggu lepas pergi makan berdua di Tony Romas lepas meeting di ofis. Awak ingat awak smart sebab awak belanja time opis dan waktu itu bini awak di rumah tak tau. Bila bini basuh baju dan dia jumpa resit Tony Romas untuk berdua, dia akan tanya soalan di bawah.
1) Abg pergi mana minggu lepas
2) Abg buat apa dekat Tony Romas
Apa2 jawapan yang awak bagi akan membuatkan awak terperangkap. Jadi macam "damn if you do and damn it you don't". Dan soalan yang di tanya itu hanya untuk memerangkap awak. The best outcome ialah awak boleh pilih mana satu yang less damaging. Kalau bercakap benar, mungkin rumah tangga akan bergolak, kalau berbohong mungkin lagi teruk sebab bukti dah ada dan bini akan sentiasa syak wasangka pada awak di masa hadapan
Ini sama dengan kes bayaran guaman melalui Americk.
A) Kalau PAS betul transfer 1.422 juta pada akaun Rameli (baik dari cash transfer atau pun account transfer) dan Rameli tiada bukti penbayaran transaksi itu untuk apa, Rameli mungkin boleh di dakwa atas akta pengubalan wang haram
😎 Kalau Rameli upfront/loan duit tersebut pada PAS, Rameli mungkin lepas dan tidak akan di dakwa, tapi SPRM akan sahkan yang Rameli bayar duit 1.422Juta kepada SR sebagai pembayaran tarik balik saman, PAS akan sekali lagi di cop berbohong sebab acap kali menipu.
Sebab ini juga tiada kenyataan Rasmi dari PAS lepas mereka kantoi bayar 1.422 Juta pada SR/Clare kecuali dari Tantawi yang claim kata account itu palsu. Kita dah tahu Tantawi tidak cerdik di mana di parlimen dulu pun dia tak boleh beza antara kewangan asing dan pendatang asing, kali ini Tantawi kantoi lagi bila Rafizi sendiri dah de-bunk pembelitan Tantawi dengan Tunjuk account tersebut adalah legit. Pimpinan PAS mesti tengah berbulu dengan Tantawi sebab tak reti nak tutup mulut, lagi di berbunyi lagi terserlah pembohongan PAS.
Tu belum lagi masuk yang argument penyokong PAS kata Anwar yang bayar ker Rameli untuk bayar ker Americk Sidhu. Logik dah ker laut, Presiden PAS tarik balik saman, setuju bayar 1.422juta ker Clare melalui Americk. Kalau Presiden PAS yang kena bayar Claire pasal apa Anwar pulak yang nak fund 1.422 juta? Anwar ker yang tarik balik saman? Lepas tu penyokong PAS desak bukti. Tapi bila kita tanya kenapa Rameli yang kena panggil SPRM bukan Anwar, mereka tak boleh jawap.
Yang paling kesian ialah Rameli, ingat nak tolong PAS dapat la pahala, tapi akhirnya dapat bala, kena soal siasat dengan SPRM. Tu belum cerita bila menteri batalkan jawatan pengerusi KTMB. Yang lagi kasihan kena pulak maki dengan penyokong PAS, kata Rameli kawan Anwar. Dah nasib badan, siapa yang tak sebulu dengan Tuan Presiden taraf dia hanya lah seperti haiwan yang penyokong PAS selalu zikirkan.
Dah last sekali, bila kata "Mula-mula kata 90juta, lepas tu 2.5juta, Skang ni 1.4juta . PH ni tak habis2 nak fitnah PAS" ini sebenarnya menunjukkan betapa rendah nya daya pemikiran penyokong PAS.
Jawapan dia sama dengan kenapa mula Najib dituduh mengubal wang haram sebanyak 2.6billion, lepas tu DOJ kata nilai dia mungkin hampir pada 7.2Billion tapi pertuduhan CBT terhadap Najib hanya 27juta, 5 juta dan 10 Juta, lepas tu salah guna kuasa untuk SRC sebanyak 42juta. Lagi 2.5billion mana? Takkan sebab ini pun bermakna Najib tidak bersalah?
Itu lah, saya dah pernah terangkan dulu, objective dia nak tangkap dan masukkan penjahat dalam penjara paling cepat dah efektif. Contoh paling senang Al-Capone di USA yang terlibat dengan Pelacuran, Dadah dan Bunuh tapi masuk penjara atas sebab lari dari cukai.
Kalau lepas ni PAS cuba menyuruh ahli-ahlinya untuk bersolat hajat dan berpuasa itu bermakna mereka sudah sangat2 tersepit. Tiada beza nya dengan Najib Dan Rosmah dulu pergi haji/umrah lepas satu persatu kes keluar atau pun PedoDan pergi umrah lepas kantoi cabul kanak2 bawah umur.
Mukhlis menulis
5 March 2019

Isteri Rameli: Tak ada khabar, simpati dari orang yang ditolong

Norlella Md Akram yang merupakan isteri pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rameli Musa berkongsi keluhan selepas suaminya kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Norlella mendakwa pihak yang sudah menerima pertolongan suaminya kini tidak lagi mempedulikan mereka, sekali pun bertanya khabar mahupun menyatakan simpati.
"Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu dan tiada sebarang simpati mahupun bertanya khabar dari pihak yang ditolong?
"Kebenaran akan ditegakkan," katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.
Norlella turut menyertakan kenyataan itu dengan gambarnya menemani suaminya yang hadir menyerahkan dokumen di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.
Rameli dispekulasikan sebagai individu yang membayar RM1.4 juta kepada editorSarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi pihak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Clare mendakwa bayaran RM1.4 juta itu merupakan sebahagian persetujuan bagi penyelesaian luar mahkamah selepas Abdul Hadi menarik semula saman terhadapnya.
SPRM sebelum ini membekukan beberapa aset dan akaun bank dalam siasatan berhubung kes berkenaan.
Kes saman Abdul Hadi terhadap Clare sebelum ini adalah berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena