Wednesday 6 March 2019

[Video PAS beri bayangan k’jaan negeri Perak boleh bertukar! Kah kah kah 'NoPas (UmnoPas)' Bohong syarie] Umno tawan Perak: Amanah anggap PAS mimpi, DAP kata berangan.

Rabu, 6 Mac 2019

Umno tawan Perak: Amanah anggap PAS mimpi, DAP kata berangan

Dua pemimpin PH Perak hari ini mempertikaikan kenyataan Pemuda PAS negeri itu yang memberi bayangan kerajaan negeri mungkin bertukar tangan jika PAS dan BN bergabung.
Exco kanan Perak, Asmuni Awi, malah menganggap Ketua Pemuda PAS, Akmal Kamarudin, bermimpi serta tidak mahir dalam ilmu kira-kira.
Asmuni juga meminta Akmal menyenaraikan semua nama 27 Adun Umno yang ada dalam DUN Perak sekarang.
"Tanya balik pada mereka, siapa 27 orang Adun tu? Kalau betul, buatlah sidang media, mengadaplah sultan, tak payah tunggu sidang DUN," katanya yang juga pengerusi Amanah Perak.
Menjelaskan lebih lanjut kepada Malaysiakini Asmuni berkata Kamarudin mungkin terlupa ilmu matematik semasa membuat dakwaan tersebut.
"Tak tahulah pulak kalau mereka masukkan saya ni dalam kiraan sebagai Adun Umno," katanya menyindir.
Portal Utusan Malaysia hari ini memetik Akmal sebagai berkata Umno dan PAS kini mempunyai 30 kerusi DUN berbanding PH yang mempunyai 29 kerusi. 
Dapat mana 30 kerusi
Dalam keadaan begitu Akmal yang juga Adun Selama itu membayangkan pentadbiran kerajaan negeri boleh bertukar tangan.
Isu itu ditimbulkan ekoran 'persandingan' rasmi PAS dan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam.
Pada PRU ke-14 lalu, Umno berjaya memenangi 27 kerusi, manakala PAS - yang sebelum itu menjangkakan dapat membentuk kerajaan - hanya memiliki tiga kerusi.
Bagaimanapun dua Adun Umno, Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) dan Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) keluar dari parti itu.
Zainol menyertai Bersatu manakala Nolee menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan PH.
Mengulas mengenai kedua-dua Adun tersebut, Akmal berkata sekiranya mereka tidak keluar dari Umno, sudah pasti kerajaan negeri kini berjaya ditadbir PAS dan Umno.
Sementara itu, seorang lagi exco kanan Perak, Abdul Aziz Bari, menganggap perubahan kerajaan mustahil berlaku dan meminta PAS menjelaskan bagaimana jumlah 30 Adun itu diperolehi. 
Adun DAP bagi kawasan Tebing Tinggi itu berkata jika pembangkang mempunyai suara majoriti dalam DUN Perak, barulah kedudukan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu boleh digugat melalui undi tidak percaya.
Satu lagi kaedah, kata bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu, ialah melalui peletakan jawatan Ahmad Faizal.
"Sidang DUN ada tak? Sidang DUN akan diadakan April ini. Lepas tu, dia (Umno-PAS) bukan kerajaan.
"Kalau kerajaan mudahlah, sebab kalau Putrajaya sebagai parti pusat mengarahkan kedudukan MB itu letak jawatan, itu lain cerita, itu boleh diatur.
"Kemudian nama yang baru boleh dikemukakan kepada istana untuk dilantik.
"Sekarang ni macam mana PAS dan Umno nak buat macam tu? Dia pembangkang. Tak semudah itu. Berangan bolehlah," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena