Friday 1 March 2019

[Video Ceramah dulu2 Mat Sabu: Najib, Jangan Main2 Dengan Mahathir] Kesian pulak aku tengok para pewalak Pas! Di laman rumah imam, Rais 'bersyarah' persis kuliah universiti guna slaid.."Tompat duduk belakang tu dah dikolom eh."

Sabtu, 2 Mac 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Bohong Syarie
Kami Viral
Kesian pulak aku tengok para pewalak PAS, sungguh² nak jugak pertahankan PAS dan Hj Hadi isu tarik balik saman SarawakReport tu.
Bila Anwar bukak rahsia kata dia ada bukti yang PAS bayaq RM1.4jote memang kompom la depa tak percaya...
Lebih bersungguh depa belasah Anwar bila SUA PAS keluaq kenyataan menafikan PAS ada bayaq kepada Clare. Siap kata akan dedah dokumen berkenaan dalam sidang media nanti (mungkin lepas PRK Semenyih la kut).
(Depa tak perasan kut yang PAS secara tak rasmi baru saja 'luluskan' satu 'rukun jamaie' terbaru, iaitu dibolehkan berbohong demi jamaah dan tak mustahil Takiyuddin gunakan ''rukun jamaie' tu... Hahaha...)
Bila Clare ambil keputusan pecah rahsia dan sahkan pembayaran tu atas alasan 'mempertahankan integriti dia, majoriti para pewalak PAS nampak macam tersentot sat.
Tapi sat ja, depa kembali riuh bila ada yang BANGANG bagi modai baru kononnya bilangan angka no akaun pada cek tu tak cukup, konon maknanya cek tu palsu.
Sungguh aku tak boleh faham macamana depa boleh pertikai pasai bilangan angka nombor akaun, kalau betoi team Clare buat photoshop pun takkan la boleh buat silap BANGANG sampai tara tu.??
Lagi pun pendedahan tu bukan Clare tulis dalam facebook 'lokal' yang cikai macam facebook aku contohnya, tapi dia bubuh dalam portal SarawakReport yang satu dunia baca kut, sangat tak logik dia berani bubuh bukti palsu yang senang sangat nak kantoi sampai tara tu.
Dalam pada tu, Rafizi pulak cuba nak ambil 'political milage' konon dia hero la, siasat no akaun tu, siap sanggup masukkan duit ke no akaun berkenaan untuk buktikan kata no akaun tu valid dan siap dedahkan pemilik akaun berkenaan.
Akhirnya peguam Clare sendiri tampil sahkan yang cek tu memang tulin, ditulis di depan dia dan dah siap bank in ke akaun MayBank Clare.
Kalau aku la, tak sanggup nak buat aksi BANGANG sampai macam tu. Senang sangat nak kantoinya.
Tapi nak kata apa, tara Ust Din Tantawi, Ketua Penerangan PAS, yang ramai pewalak PAS anggap Murabbi sanggup ambik risiko malukan diri sendiri sampai macam tu...
Standard pewalak tegar cybertroopers PAS kita tak payah nak heran la...
Mungkin kulit muka depa jenis tebai macam kulit babi kut...
Ataupun, mungkin depa dah sungguh² menjiwai tagline Najib, MALU APA BOSSKU...
Hahaha...
.
BTW,..
Panjang pulak status aku kali ni...
Ketagih nak tulis pulak ka...
Hahaha...

Di laman rumah imam, Rais 'bersyarah' guna slaid


Jauh di dalam Kampung Jalam Enam Kaki, Beranang, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim berucap dengan menggunakan slaid.
Lebih menjadikan sesi ceramah itu persis kuliah universiti, Rais turut menggunakan alat penuding (pointer) untuk menunjukkan perkara-perkara tertentu dalam slaid tersebut.
Taktik tayangan slaid di atas sebuah lori itu, di halaman rumah imam Surau Tengah, nampaknya berjaya menarik perhatian kira-kira 300 penduduk yang hadir ke ceramah rapat rakyat untuk pusat daerah mengundi (PDM) Kuala Pajam.
Semuanya khusyuk mendengar ceramah Rais yang disampaikan dalam loghat Negeri Sembilan itu.
Slaid Rais itu menayangkan siri-siri skandal yang terpalit dengan pemerintahan Barisan Nasional, khususnya 1MDB.
Satu slaid yang menerima sorakan ramai hadirin ialah slaid bekas perdana menteri Najib Abdul Razak membonceng motosikal bersama isterinya Rosmah Mansor.
“Tompat duduk belakang tu dah dikolom eh. Macam mano dio mengolom duit, macam mano dio mengolom ekonomi, macam mano dio molarikan, walaupun motosikal penyet tayar eh.
“Saudara saudari, gambar ni memanglah dibuat oleh pelukis. Tapi akhirnya, memang membawa kepada malapetaka bagi Bossku dan isterinya,” kata Rais.
Rais turut memaparkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) setakat sembilan bulan memegang pemerintahan, yang menurutnya tidak banyak diperkatakan atau dilaporkan oleh media.
'Silap anak Tun Razak'
Ketika menayangkan slaid yang memaparkan barisan perdana menteri yang pernah menerajui negara, Rais mengakui bahawa setiap satu daripada mereka ada sumbangan tersendiri buat negara.
“Saudara saudari, entah bagaimana nasib saya, saya berkhidmat di bawah semua (perdana menteri) ini: Tunku, Tun Razak, Tun Hussein, Mahathir, Pak Lah, Najib, bawah Tun kembali.
“Jadi, terima kasih itu nak saya sedekahkan pengetahuan ikhlas, bahawa mereka semua sudah berjasa.
“Cuma silap anak Tun Razak ini, dalam mengendalikan perjuangan akhir beliau, dalam urusan negara, urusan parti dan urusan keluarga,” katanya lagi.
Tempoh berkempen bakal tamat tepat jam 11.59pm.
Esok, penduduk Semenyih akan membuang undi untuk memilih wakil rakyat daripada empat calon: Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (BN), Nok Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Kuan Chee Heng (Bebas). 
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena