Friday 8 March 2019

[Video Clare cabar Hadi dedah syarat sulit selesai saman] Hadi akan 'KANDAR' Pas masuk Umno! Nombor Akaun adalah milik Rameli? So technically betul lah TGHH/PAS tidak bayar 1.422 juta pada SR.

Jumaat, 8 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
No photo description available.
Puak lebai dan walaun kata Husam fitnah. Sehingga Husam dibuang oleh Pas kerana dituduh cuba menfitnah Pas.
Allah Maha Hebat lagi Maha Bijaksana. Sekarang terbukti siapa yang fitnah dan siapa yang bodoh kerana percayakan puak lebai penunggang agama.
Imej mungkin mengandungi: 15 orang
TGHH/PAS tak bayar Clare dan Ianya Adalah Fakta.
Otai BERSIH
Dalam nombor akaun yang didedah oleh Rafizi, Nombor Akaun tersebut adalah milik Rameli. So technically betul lah TGHH/PAS tidak bayar 1.422 juta pada SR. Situasi dia hampir sama dengan kes DS Najib. Dia mendakwa duit 2.6 billion dalam akaun peribadi dia adalah derma dan bukan dari wang rakyat. Mungkin ini lah persamaan antara ulama dan umarak kerajaan dahulu, like bird of feathers flock together.
Tapi persoalan dia, kenapa Dato Rameli bayar 1.422juta pada SR? Ada kata sebab Anwar yang bayar dan Rameli kawan Anwar dari 2008. Itu pun betul, Ezam pun kawan Anwar tahun 2008, infact TGHH/PAS pun dapat laba dari Anwar dengan kuasa di selangor pada 2008. Yang lagi pelik pulak 1.422 Juta tu sama dengan nilai penyelesaian luar mahkamah sebanyak $260K pound, mungkin satu lagi kebetulan, macam mana bertuah nya Ds Najib bil ada orang derma 2.6 billion. Nasib baik la Americk tak nak terima duit tunai dari PAS, kalau tak mesti Americk yang masuk pejabat SPRM dan bukan nya Rameli.
Tapi kasihan juga dengan Dato Rameli, tolong PAS yang tersepit bukan sahaja tak di tanya khabar, di biar pula terkontang kanting tanpa ada pembelaan dari PAS/TGHH. Padahal 1.422 juta tu bukan jumlah yang sedikit. Moga ini jadi pengajaran - buat sesiapa yang bercita-cita hendak tolong PAS, mereka tidak akan peduli pun dengan nasib orang yang di tolong, mungkin kerana title ulama itu membuat mereka jadi sombong. Dah jatuh, di timpa tangga. Hendak pahala, dapat bala.
Bila wartawan tanya adakah PAS akan ambil tidakan undang-udang pada mereka yang tuduh PAS, TGHH kata tak perlu sebab dia buang masa, duit dan PAS hanya parti yang miskin. Tapi pelik juga bila dulu boleh saman SR di UK yang mana kos dia tinggi dari saman Husam atau Mahfuz di malaysia, kalau lah kos itu satu faktor yang penting. Dah la tarik balik saman , kena pulak bayar duit. Lepas tu Wan Rohimi laywer PAS kata langkah yang bijak sebab tukar gelanggang. Tapi yang saya nampak, tukar dari gelanggang mahkamah ker gelanggang SPRM, tak tau bijaknya dimana, tapi saya bukan teknokrat PAS, mana saya tahu.
Lepas tu TGHH kata kita akan adu pada Allah. Allah, bergetar jiwa raga saya bila dengar ulama hendak mengadu pada Allah. Bagi saya teruskan, tiada masalah walaupun solat hajat itu bidaah hasanah kan.
Mesti ramai ahli-ahli PAS supaya bersolat hajat dah mengadu pada Allah malam ini, lautan hijau penuh. Saya cadangkan, panggil ketua dewan ulama PAS pahang jadi Tar Senik imam, moga-moga Tar Senik lebih tenang lepas exam SPRM tadi. Dan paling afdal sekali ajak lah suami UMNO yang baru di nikahi semalam solat bersama, baru lah ada sakinah dalam rumah tangga. Lepas solat tu mintak pada Allah doakan kebahagian Rumah Tangga PAS dan UMNO, moga-moga kekal lebih lama dari perkahwinan yang pertama.
TAPI, saya mintak tolong sangat-sangat. Lepas solat hajat jangan la doa kan kemusnahan keluarga orang lain terutama sekali PH, Kasihan PH, baru berkahwin 10 bulan dah ada orang dengki.
Sebab dia ada di bawah:
1) 2012 PAS pernah solat hajat dah doa KO UMNO dan BN. yer suami PAS yang sekarang ini.Tapi yang peliknya, UMNO tak jugak KO, malahan makin kuat. Yang kasihannya ialah DAP dan PKR, kalau PAS tak doa macam ni, mungkin PR dah menang masa itu. Tapi Allah yang mengetahui segala-galanya kan? Mungkin juga sama dengan ayat di bawah
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)
2) 2018 April - Dasuki pernah berdoa selepas solat hajat dengan menyamakan PH dengan Pakatan Ahzab. Saya masa itu sangat-sangat takut sebab Dasuki ni kan ulama terkenal, suka bercerita pasal kubur dan alam barzakh. Tapi yang pelik nya Gagasan Sejahtera pulak yang hancur di selangor lepas PRU14. Kenapa Allah tak dengar rintihan doa ulama besar macam Dasuki? Dah la tu tinggal 1 kerusi sahaja. Mungkin tu adalah peringatan dari dari Allah supaya tidak ghulu?
3) 2018 Disember - Nik Zawawi berdoa supaya kerajaan PH yang bagi dia dan ahli2 PAS berdemo ICERD secara aman dan tiada asap/gas FRU supaya pendek umur. Allah, lagi sekali saya bergetar hati takut doa ulama PAS makbul. Tapi selang berberapa hari, ramai pulak pimpinan UMNO yang kena dakwa di mahkamah sebab rasuah. Kasihan UMNO, mereka jadi makmum tukang amin kan pun turut dapat tempias.
Kalau saya lah, malam ni saya ajak solat istikharah. Saya sendiri banyak pengalaman yang ajaib dengan solat isktikarah. Dalam solat istikharah ada doa dia, yang mana kita meminta pada Allah kalau benda itu baik,permudahkan, kalau ia buruk jauhkan. Setakat ini saya tak pernah lagi kecewa beristikharah. Tapi saya bukan ulama, manalah saya tahu berbanding dengan dewan ulama PAS kan?
Tapi kalau nak doa juga kemusnahan PH pun tiada masalah, mungkin dengan doa ulama2 PAS tersebut kes SPRM akan jadi fast track dah tercapai juga hajat PAS dan UMNO (suami dan suami) hendak membina mahligai bersama di sungai buluh.
Mukhlis Menulis
7 March 2019

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena