Thursday 14 March 2019

[Video Fokus pada kerja pembersihan Sungai Kim Kim] Biasalah tu, fitnah dulu nanti mohon maaf kemudian..Tapi mana pemimpin PAS tu dapat berita palsu ye? Tiada pengisytiharan darurat di Pasir Gudang.

Jumaat, 15 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Soalan: Mana beliau dapat berita palsu ni?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Biasalahtu.. fitnah dulu nanti mohon maaf kemudian.. tapi mana pemimpin PAS tu dapat berita palsu ye?

Tiada pengisytiharan darurat di Pasir Gudang

Kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang di Johor susulan pencemaran kimia yang menyaksikan lebih 900 terkesan.
Perkara itu diputuskan selepas perbahasan usul tergempar berkenaan perkara itu yang dibawa Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.
"Setakat ini kerajaan negeri masih mampu mengendalikan situasi (di sana)," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin ketika perbahasan usul itu.
Gesaan itu susulan pencemaran kimia akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di sana minggu lalu yang menyebabkan lebih 1,000 orang perlu mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun di peringkat persekutuan, walaupun kita tak isytihar emergency (darurat) tetapi (kerajaan) kerja (untuk tangani masalah itu) macam emergency," kata timbalan menteri yang bertanggungjawab dalam soal undang-undang itu lagi.
Ketika ditemui selepas perbahasan, Hanipa berkata pengisytiharan darurat hanya boleh dibuat menerusi permintaan kerajaan negeri.
"Seperti syarat-syarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), permintaan darurat bencana harus dari kerajaan negeri, buat masa sekarang tiada lagi permintaan itu.
Beliau turut menafikan mesyuarat kabinet esok akan memutuskan sama ada darurat akan diisytiharkan sebaliknya untuk membincangkan kes pencemaran itu.
Beliau juga memaklumkan kerajaan persekutuan memperuntukkan RM8 juta untuk usaha pembersihan segera Sungai Kim Kim.
Terdahulu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis memberitahu Dewan Rakyat bahawan kementeriannya telah memobilisasi sumber daripada negeri lain untuk memeriksa semua 254 kilang dalam Pasir Gudang dalam masa tiga hari.
Katanya, enam kumpulan yang terdiri daripada 29 pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor kini sedang membuat pemeriksaan itu dengan bantuan pegawai dari negeri lain.
"Polis juga telah buat sekatan jalan raya di sana untuk hentikan pergerakan sisa haram," katanya, sambil menambah ujian persampelan air juga sedang dijalankan di tiga tapak pelupusan haram di Sungai Kim Kim.
Menteri lain yang turut berbahas termasuk Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.
Wakil pembangkang pula adalah Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).
Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menangguhkan sidang tanpa mengadakan undian untuk usul tergempar itu, yang dibahaskan kira-kira sejam.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Nama ahli parti islam, tentu tahu dosa pahala, tahu besar dosa fitnah. Tapi mcm takde ape je tabur fitnah. Jgn ingat org kata pas pegang kunci syurga tu benar. Itu cuma sindir sindiran je. Benak sgt ke, tu la akibat terlalu berpolitik semua benda hingga dah buta hati fikiran. . Mungkin terlalu berhabuk bijik mata tgk bekas rakan seperjuangan dah duduk dikerusi yg tak pernah atau tak akan mereka rasa.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena