Wednesday 6 March 2019

[Video K'jaan digesa tangani cadangan EU larang minyak sawit] Serbuan SPRM ke rumah pengerusi Kuil Hindu di Batu Caves merampas beberapa buah kereta mewah, berpuluh-puluh jam tangan mewah, barang-barang kemas dan cash jutaan ringgit! Rara (ADUN Ketari) bercerai talak satu.

Khamis, 7 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk

Gambar-gambar serbuan SPRM ke rumah Tan Sri Nadarajah, pengerusi Kuil Hindu di Batu Caves merangkap orang kuat MIC-BN.
SPRM telah merampas beberapa dokumen berkaitan, beberapa buah kereta mewah, berpuluh-puluh jam tangan mewah, barang-barang kemas dan cash jutaan ringgit yang diletak di rumahnya.
Turut dibeku ialah akaun-akaun bank yang dikaitkan dengan Tan Sri Nadarajah.
Difahamkan serbuan ini dikaitkan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan konflik dalam pembangunan sebidang tanah di Kuala Lumpur.
Tuan punya tanah tersebut merupakan kuil Sri Mahamariamman Devasthanam, di mana TS Nadarajah merupakan seorang pemegang amanah.
Tahniah SPRM & kerajaan baharu kerana bersungguh-sungguh membersihkan najis rasuah.
Imej mungkin mengandungi: luaran
Imej mungkin mengandungi: keretaImej mungkin mengandungi: keretaImej mungkin mengandungi: makanan

Rara bercerai talak satu

Perkahwinan Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Ketari Young Shefura Othman dan Muhamad Masyhur Abdullah berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Muhammad Masyhur ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata:
"Saya Muhammad Masyhur Abdullah dengan ini menceraikan isteri saya, Young Shefura Othman dengan talak satu.”
Lafaz itu dibuat jam 11.40 pagi tadi.
Sebelum bermulanya prosiding itu, Muhammad Masyhur turut meminta pemberita memberikan ruang kepada dia dan Young Shefura.
“Sila bagi sedikit privacy kepada kami”.
Kedua-dua mereka hadir ditemani Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil.
Young Shefura dan Muhammad Masyhur berkahwin pada 25 September 2016.
Malaysiakini.

3 comments:

Unknown said...

Semoga mereka ada jodoh lg.

Unknown said...

Mic ke umno ke .... asal BN rasuah & penyalahgunaan kuasa mmg sinonim.

Pas slps ni bole join sapu duit.

Unknown said...

Bagus lah bersihkan rasuah peninggalan BN tapi jangan la pula kalau ada rasuah oleh kerajaan baru dibiarkan saja atau tutup sebelah mata.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena