Menurut sumber, selain akaun terbabit, beberapa kenderaan mewah iaitu Vellfire, Porsche dan Range Rover milik pemimpin tersebut turut dirampas dengan jumlah keseluruhan RM2.3 juta.
"Sitaan terbabit dilakukan mengikut Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE