Friday 8 March 2019

[Video Pengundi Muda: Kena Tipu Ke?] Kalau Najib bersalah, KENAPA TIDAK DITANGKAP lagi? LGE lebih sangat simpatinya! Toksah dok berdemo lah..UmnoPas takleh tolong hangpa & Umno-Pas neh pulak, mereka tidak suka orang Melayu dapat rumah PPR?

Sabtu, 9 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan sut
ADA MACAI TANYA, KALAU NAJIB BERSALAH KENAPA TIDAK DITANGKAP?
Jangan terkejut ye, KERANA telah beberapa kali Najib beria-ria cuba tangguhkan kes mahkamahnya.
NAMPAK TAK?
Sepatutnya Mahkamah dah start mmbicarakan pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa Najib. Tapi oleh sbb permohonan2 Najib untuk menangguh kes, mahkamah terpaksa membicarakan samada perbicaraan pertuduhan2 terhadap Najib boleh ditangguh.
Sepatutnya Mahkamah dah mmbicarakan pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa Najib. Tapi oleh sbb permohonan2 Najib untuk membatal kelayakan pasukan pendakwaan, mahkamah terpaksa membicarakan samada pasukan pendakwaan harus dilucutkan sbg pendakwaraya.
Yang tangguh, NAJIB.
Yang sindir kes mahkamah lambat, PUN NAJIB.
MACAI NAJIB JUGALAH yg jaja kononnya PH tiada bukti nak bicarakan dia.
Tapi PH TAK BOLEH percepatkan kes-kes dia. Apa beza PH dengan BN kalau PH menyalahgunakan kuasa utk mempercepatkan kes Najib semata-mata nak penjarakan dia? Takde beza.
Sbb tu PH akn mengikut lunas undang2 dlm mmbicarakan Najib. Tapi jangan risau sebab.....
Org yg faham proses mahkamah akn tau, kes mahkamah sememangnya lama. Najib akn guna segala helah utk 'buy time' bagi menyelamatkan dirinya. Kes curi sardin, tumbuk orang, langgar lampu merah pun ambil setahun dua, apatah 'white collar crime' begitu rumit yg dilakukan Najib?
Org yg faham proses mahkamah juga akn tau, Najib yg beria-ria mislead rakyat sekarang akan akhirnya kecundang juga. Apabila Najib exhaust (habiskan) segala taktik melengahkn masa yg ada nnt, dia akn kebuntuan. Nk tk nk, dia terpaksa dbicarakn & disabit kesalahan.
Tunggu masa je yeop!
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk
Naik Kapalterbang Business Class?

Business Class

Business Class

Kami Viral
LGE LEBIH SGT SIMPATI.
Berbalik kpd penyewa2 yg kna halau dari flat yg skg dok berdemo di Komtar. Sepatutnya ikut perjanjian depa hanya boleh menyewa flat tu hanya 5 tahun shj dan lepas tu mestilah mencari rmh sewa lain ataupun beli rmh sendiri. Yg menunggu giliran nak masuk rmh sewa murah tu ada beratus2 lagi. Tapi ramai diantara yg kna halau tu dah sewa 10 th lebih..
Yg kna halau tu Melayu dan yg sdg menunggu nak masuk flat tu pun Melayu jugak. Jadi soal bangsa tak timbul disini. Depa buat demo sbb depa mungkin masih dlm mimpi yg kjaan PP masih dikuasai pembangkang. Ooi, berhentilah bermimpi krn kjaan PP skg dan jadi kjaan pusat. UMNO dah jadi kupang sepana. Takdak nilai dah. Oleh itu toksah dok berdemo lah. UMNO takleh tolong hangpa.
Krisis ini tidak akan berlaku jika LGE sbg KM menghalau depa ni 5 tahun dulu. Org yg tak mengenang budi mcm ni jgn bagi muka. Halau saja biaq depa melarat pi dok bwh jambatan pun takpa. Aku pun besa susah tp aku tak menyusahkan org. Mak pak aku tak penah ambik kesempatan dgn parti2 politik yg ada.
Sepatutnya depa terima kasih kepada kjaan kerana bagi dok selama 10 tahun sdgkan perjanjian hanya utk 5 th. KM yg baru tlg jgn bagi muka. Depa larat dok melengung kat Komtar ikut suka depa. Depa langgaq peraturan perosok masuk penjara. Bagi depa rasa akibat guna politik utk kepentingan diri. NEVER BACK DOWN wahai KM PP. Dont give them a chance. Make them learn a lesson.
Jgn risau pengaruh PH akn kurang di Rantau. Kalah mng di Rantau xdak kesan apa2 sbb PH masih menguasai Putrajaya. KM kna bertindak sbg KM bukan pegawai welfare. Kalau harini hang bertolak ansur nanti puak2 ni makin melampau. Dah UMNO nak tolong sgt, pilah ajak dok rmh hangpa. Dok menyusahkan org Di Komtar buat apa.
KM PP : BE AN EAGLE WITH POWERFUL CLAWS.

UMNO-PAS tidak suka orang Melayu dapat rumah PPR?

Ada kira-kira 400 pemohon menunggu untuk mendapat rumah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di Pulau Pinang. Majoriti adalah orang Melayu. Ramai yang telah menanti giliran mereka sejak tujuh tahun lamanya!
Impian sebahagian kecil daripada mereka bakal dicapai apabila ada kekosongan bagi 22 unit rumah PPR tersebut. Namun, kegembiraan mereka dicemari politik perkauman UMNO.
Penghuni di 22 unit PPR tersebut telah diminta pindah kerana mereka telah melanggar syarat-syarat kelayakan. Antara syarat tersebut adalah:
  • Tidak boleh berkahwin dengan warga asing;
  • Pendapatan isi keluarga tidak boleh melebihi RM1,500 sebulan; dan
  • Tidak boleh menyewakan rumah berkenaan kepada orang lain.
Setelah melanggar syarat dan diberi tempoh selama 365 hari atau setahun, mereka tetap enggan pindah. Apabila tiba hari mereka perlu mengosongkannya, pihak-pihak tertentu telah menjadikan mereka sebagai “mangsa” pengusiran, kononnya.
Hujah pimpinan UMNO Pulau Pinang yang disokong oleh PAS adalah kononnya kerajaan negeri bertindak zalim menghalau penghuni Melayu. Ini fitnah perkauman.
Apa yang mereka tidak ceritakan adalah penghuni tersebut telah melanggar syarat, termasuk yang sudah mewah hidup sehingga mampu melancong ke luar negara.
Juga mereka tidak ceritakan bahawa penghuni tersebut membuat untung dengan menyewakan unit kepada orang lain. Malah, lapan penyewa didapati telah mempunyai rumah sendiri, namun menyewakan unit PPR mereka kepada orang lain.
Ada juga yang tidak mahu membayar wang sewa sejak 1990, iaitu sejak hampir 30 tahun menetap di PPR berkenaan! Sedangkan sewanya hanya RM100 sebulan.
Paling penting, pejuang kaum yang memanipulasi isu itu menyembunyikan hakikat bahawa yang bakal masuk menggantikan penghuni yang melanggar syarat-syarat adalah orang Melayu juga.
Jadi, Melayu yang sudah tidak layak akan digantikan dengan Melayu yang layak. Apa masalahnya? Bukankah ini mengikut peraturan dan undang-undang?
Mengapa mereka sanggup menyembunyikan kebenaran? Apakah kerana politik kaum mereka sanggup melihat Melayu yang layak dipinggirkan, dan sebaliknya membela orang yang menyalahgunakan keistimewaan?
Kerajaan Negeri Pulau Pinang prihatin dengan warga miskin, maka projek PPR diwujudkan untuk membantu mereka mendapatkan tempat berteduh sementara pendapatan mereka kembali stabil dan pulih. Namun hasrat murni ini telah disalah guna sesetengah pihak.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini dilaporkan berkata penghuni yang diminta mengosongkan rumah mereka sebenarnya akan disediakan kemudahan lain.
Mengapa ini didiamkan oleh para penyokong UMNO dan PAS? Menurut Chow,  golongan penghasut tersebut telah mengeruhkan keadaan, sekali gus menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk membantu orang Melayu.
Dalam kacau-bilau perkauman yang dimainkan UMNO-PAS dalam isu ini – seperti kucing nampak ikan, menunggu peluang untuk membaham –  persoalan yang penting kini – Adakah UMNO-PAS sebenarnya tidak suka orang Melayu dapat rumah PPR? – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena