Friday 8 March 2019

[Video PEMBOHONGAN ITU WAJIB bagi Pas, kata TUN M] Sudah gugurkah perasaan malu Pas apabila menerima Najib sebagai 'bossku'? Malaysia nyata komitmen bantu Bangsamoro.

Jumaat, 8 Mac 2019
Apakah PAS juga bersedia untuk jadi hamba kepada seorang yang dipercayai mencuri. Sudah gugurkah PAS perasaan malu  apabila menerima Najib sebagai “boss”?
No photo description available.

Malaysia nyata komitmen bantu Bangsamoro

TUN Dr Mahathir Mohamad menyatakan komitmennya untuk terus membantu Filipina membangunkan ekonomi kerajaan autonomi baharu di Mindanao, Rantau Berautonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM). - Foto BERNAMA

MANILA: Malaysia menyatakan komitmennya untuk terus membantu Filipina membangunkan ekonomi kerajaan autonomi baharu di Mindanao, Rantau Berautonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Istana Malacanang di sini hari ini, berkata penubuhan BARMM tahun lalu membantu meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara berikutan potensi ekonomi luas di rantau ini.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Duterte atas kejayaan melaksanakan Undang-Undang Organik (BOL) dan pelantikan anggota dalam Penguasa Peralihan Bangsamoro (BTA),” katanya selepas menghadiri pertemuan dua hala secara tertutup dengan Duterte dan anggota kerajaannya.
BH Online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena